in ,

Petanda ‘Sesuatu’ Di Sebalik Tragedi Pembawa Hantaran Ekin Jatuh Pengsan

Salam… Selamat pagi Sabtu kepada semua pembaca kesayanganku… huhu, Eh… korang ada baca tak baca akhbar tabloid popular di Malaysia, BACARIA yang terbaru tak? Melihat pada cover depan Bacaria yang bertajuk: PITAM BAWA HANTARAN EKIN mengingatkan Budiey kepada tragedi yang sama berlaku ketika perkahwinan penyanyi diva nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza dulu. Ingat lagi tak?

Dulu masa Siti kahwin dengan Datuk K pun ada dengar cerita pasal sirih junjung Siti tergolek jatuh dari tangga masjid kan? Dan akhbar yang sama dapat story eksklusif tu ialah Bacaria jugak… tahniah kepada Meen Zuleykha, editor akhbar sensasi tu.

Khabarnya, pembawa hantaran Ekin tu jatuh pitam. Mungkin sebab terlalu panas kot masa tu. Nasib baik jugaklah hantaran tak tergolek. Sempat diselamatkan oleh pegawai RELA yang bertugas. Kalau tak kurang satu hantaran…

Mungkin inilah dugaan untuk orang popular macam Mawi dan Siti kahwin. Korang cuba tengok masa Ning kahwin, Maya Karin kahwin, ada benda-bebda macam ni berlaku… rasanya takde.

Kata Meen, “Itulah maknanya ada ‘sesuatu’ di situ… Aien kembar Ekin sendiri mengaku Ekin meracau 2 mgu sblm kahwin…mak Ekin lak, bagitau..diorg ada gi jumpa doktor, mana tahu tekanan ke apa ke…Dr ckp, Ekin sihat…confius kan… hah itulah…ada hadiah ‘sesuatu’ utk org yg terkenal… Sian Mawi dan Ekin… Adakah selepas ini, Ekin mahupun Mawi akan terus dihantar ‘sesuatu’…entah… Kalau korang nak baca seterusnya…ada dalam BACARIA terbaru, dah ada kat pasaran…” – http://meenzuleyka.blogspot.com

Budiey setuju dengan kata Meen, memang itulah dugaan, atau ini satu kebetulan jugak. Nak kata ada alamat yang tak baik bagi perkahwinan mereka, Budiey tak berani nak komen apa, sebab segalanya telah ditentukan Tuhan. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua mempelai yang sekarang sedang buat persiapan untuk majlis Resipi… ops Resepsi di Kuala Lumpur pula pada 11 Januari nanti.

Ha, nak tahu lebih lanjut korang kena baca dan dapatkan BACARIA sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008

Australia Network 24 jam di Saluran Astro 521