in

Pesta Kolektor Coca-Cola Lebih Meriah Dengan Tin Peribadi

Pada tahun ini, Pesta Kolektor Coca-Cola 2015 akan meraikan ulang tahun reka bentuk botolnya yang ke-100. Di samping memperingati bentuk ikoniknya, Coca-Cola juga turut memberi kesempatan kepada para pengunjung untuk memperolehi tin Coca-Cola dengan nama mereka sendiri.

Coca-Cola berkontur unik yang diperkenalkan di pasaran buat julung kalinya pada tahun 1915 tersebut merupakan salah satu reka bentuk paling terkenal di dunia. Pada acara tersebut, para pengumpul botol Coca-Cola akan mempamerkan pelbagai botol kontur ini daripada koleksi masing-masing.

This year's Fair celebrates the 100th Anniversary of the Coca-Cola contour bottle_2

Para pengunjung yang ingin mengambil bahagian dalam kuiz boleh mendapatkan maklumat berpandukan poster-poster yang dipamerkan di sekitar tapak pesta itu yang mana mereka bakal berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik pada hari tersebut.

Pesta Kolektor Coca-Cola 2015 ini akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Mei bermula dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam, bertempat di Concourse Tingkat Bawah (LG), Berjaya Times Square yang juga penaja rasmi lokasi bagi acara tersebut.

Pesta ini sekali lagi menampilkan kolektor-kolektor tempatan dan luar negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Filipina, dan juga negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Di samping melihat sendiri koleksi memorabilia Coca-Cola daripada 60 orang kolektor, orang ramai akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada pasukan sorak.

Untuk memeriahkan lagi pesta tahun ini, “Coke Happiness Machine” akan diperkenalkan di tapak pameran. Mesin ini akan mencetak nama pada tin Coca-Cola mengikut permintaan peribadi dengan setiap pembelian enam tin Coca-Cola 325ml, yang dikendalikan oleh pihak 7-Eleven.

Pembelian dan penebusan tin istimewa bercetak nama pilihan anda sendiri, hendaklah dibuat di tapak Pesta Kolektor Coca-Cola pada hari yang sama selagi stok masih ada.

Pesta Kolektor Coca-Cola yang pertama diadakan pada tahun 2011 dan sejak itu acara tahunan ini telah menjadi kegemaran para kolektor dan peminat Coca-Cola amnya untuk melihat, membeli serta menukar barangan Coca-Cola.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Berjaya Times Square, sila layari lama web www.berjayatimessquarekl.com atau Facebook di BerjayaTimesSquareKL

Journey through time with the Coca-Cola contour bottle designs over a century

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Siar Perlawanan Tinju Manny Pacquiao & Floyd Mayweather

Sinopsis Drama BIDADARI Lakonan Amyra Rosli & Shahz Jaszle