in

Pesta Durian di Menara KL

RAJA BUAH DURIAN BERPESTA DI MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) buat julung kalinya akan menganjurkan PESTA DURIAN bermula dari 21 Julai sehingga 24 Julai 2011 di Kampung Budaya 1Malaysia dan perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Selain Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom juga akan menganjurkan Pesta Durian pada 25 Julai hingga 27 Julai 2011. Ini merupakan acara tahunan bagi Muzium Telekom semenjak tiga tahun yang lalu.

Objektif utama penganjuran Pesta Durian adalah untuk menambah minat warga Malaysia untuk mengutamakan buah-buahan dan produk tani tempatan di samping bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada para pelancong terutamanya dari luar negara.

Para pengunjung berpeluang untuk menyertai promosi ‘Makan Durian Sehingga Kenyang’ yang berharga cuma RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Pelbagai gerai jualan menanti para pengunjung yang ingin membeli produk hasil durian seperti serawa, jem, lempuk dan tempoyak. Ruang informasi dan pameran juga ada dibuka yang mempamerkan maklumat terperinci mengenai pokok dan buah durian.

Selain daripada buah durian, FAMA juga akan menyediakan gerai-gerai buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan, manggis, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu batu yang dijual dengan harga berpatutan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5499 atau 03-2020 5444 dan layari laman web www.menarakl.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sengatan Emelda Rosmila Dalam Drama Bersiri Obor-Obor

Pelancaran Erul Fan Club & Sepetang Bersama Erul AF9