TOP 10 KRU TERUS BERAKSI
Siapa bakal tersingkir minggu ini?
Minggu lepas kita telah menyaksikan persembahan hebat dari peserta Top 11 SHOWDOWN 2011. Suasana di i-City, Shah Alam menjadi gamat apabila SHOWDOWN 2011 tampil membuat persembahan dengan iringan lagu-lagu 80-an yang juga merupakan tema pada minggu lepas.
Namun nasib tidak menyebelahi Soulution kerana telah disingkirkan pada minggu lepas. Soulution berada di kedudukan 4 kumpulan terendah melalui undian SMS dan terpaksa ke sesi ‘Battle’ ialah Force 136, Blazin Squad dan Rokusteps. Soulution dan Blazin Squad yang tewas dalam sesi ‘Battle’ terpaksa berdepan dengan juri dan Soulution terpaksa akur apabila kumpulan mereka disingkirkan.
SHOWDOWN merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim ke-dua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.
Demam SHOWDOWN kini kembali! Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat di adakan dibeberapa lokasi terpilih di Malaysia dan 12 kru terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2011.
Kini hanya tinggal 10 kru beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 bagi merebut gelaran juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM 50, 000!
TOP 10 krew yang akan beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 malam ini ialah Panic, Force 136, Bounce Stepperz, Dejavu Breakerz, Borneo Crew, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow, Rokusteps dan Stepholic.
Tema untuk minggu ini ialah Replicate & Represent dan kesemua kru perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk memberikan persembahan terbaik malam ini
SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo.
“Saya cukup kagum dan teruja menyaksikan sendiri persembahan kru-kru ini secara LIVE! Kru-kru ini ternyata mempunyai bakat luar biasa dan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan ini!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.
“Saya berharap SHOWDOWN 2011 dapat menjadi platfom penari-penari jalanan ini mempamerkan bakat masing-masing dan memberi persepsi yang lebih baik kepada masyarakat tentang tarian jalanan yang selalu dikaitkan dengan unsur-unsur negatif,” tambah Airin.
SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja seiring dengan Tune Hotel sebagai hotel rasmi. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dam juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.
SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.
SHOWDOWN 2011 telahpun ke udara pada 6 April 2011 yang lalu, setiap hari Rabu pada jam 9.30malam secara eksklusif hanya di stesen hip PERCUMA 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 SHOWDOWN 2011 akan bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan di sinilah segala-galanya bakal bermula.
Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan kru-kru ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia. Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang.
Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD KOD KRU ke nombor 33399. Jika anda ingin mengundi secara pukal, taip SD 5 or SD 10 KOD KRU ke 22299.
Untuk mengikuti kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali kru TOP 12, mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30malam bermula 3 Mei 2011.
Jika anda ingin menyaksikan dan mengalami sendiri trauma bagaimana kru-kru ini beraksi di hadapan anda, dapatkan tiket masuk ke persembahan `LIVE’ setiap minggu di sekitar seri jelajah untuk tujuan promosi di tempat-tempat berikut di bawah:
Anda juga boleh mendapatkan tiket SHOWDOWN 2011 dari kumpulan bergerak 8Team, dengan menonton 8TV Quickie ataupun melawati laman Facebook SHOWDOWN 2011. Selain dari itu, anda juga boleh datang sendiri ke Pondok Pengawal di Sri Pentas, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tiket-tiket boleh didapati dari jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari atau 2.00 petang hingga 5.00 petang bermula pada 30 April 2011.
Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik `spin’ dan stunt yang akan mereka pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Semua ini dapat anda saksikan hanya di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708.
Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/
Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini? Anda bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand. Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdown’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `The Flippin Tournament’ dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown. Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda di m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda! Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011. Andakah anda seberani mereka?