in

Ini Senarai Peserta Pelawak dalam Super Spontan Xtravaganza

Lebih Gah, Mega, Hebat & Menghiburkan, Edisi Super Spontan Kembali Menggegarkan Pentas Utama Untuk Tahun Ke-7 Dengan ‘Super Spontan Xtravaganza’!

Musim terbaharu menyaksikan gandingan pelawak popular tanah air bersama barisan pelakon dan penyanyi terkenal serta selebriti media sosial

Super Spontan, program realiti permainan lawak spontan kembali menemui penonton pada tahun ini dengan edisi istimewa, ‘Super Spontan Xtravaganza’. Penerbitan tahun ke-7 program ini juga akan bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat bermula pada 20 Julai ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) selama 10 minggu berturut-turut. Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Istimewanya, edisi kali ini menyaksikan dua orang awam yang dipilih menerusi program ‘Spontan Tepi Jalan’ akan dibawa ke gelanggang akhir Super Spontan Xtravaganza sebagai peserta untuk bermain bersama barisan finalis.

Selain itu, buat julung kalinya juga progam ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan daripada 100% kuasa mutlak di tangan penonton kepada 50% pemarkahan oleh barisan juri dan 50% lagi oleh penonton.

• ‘Spontan Tepi Jalan’ adalah sebuah rancangan baharu yang diperkenalkan pada musim ini dan akan bersiaran di Astro Warna serta Warna HD bermula pada 20 Julai 2018, jam 9.30 malam hingga 9.45 malam selama 10 minggu. Rancangan yang berkonsepkan pertandingan permainan spontan ini menyaksikan pengacara, Ali Puteh, memilih secara rawak orang awam untuk bermain pelbagai permainan secara spontan. Setiap minggu akan menyaksikan seorang pemenang mingguan dan dua orang pemain terbaik dalam kalangan mereka akan menempa tempat sebagai peserta bertuah yang akan bersama-sama para finalis Super Spontan Xtravaganza di pentas akhir.

• Selain itu, uniknya ‘Super Spontan Xtravaganza’ ini, setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dato’ Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama seorang juri jemputan pada setiap akhir permainan sebelum pemberian markah sebanyak 50% daripada barisan juri diberikan kepada mereka. Baki 50% pemarkahan pula akan ditentukan oleh penonton menerusi undian atas talian dan sistem pesanan ringkas. Kumpulan dengan jumlah markah tercorot pada minggu tersebut harus menyingkirkan seorang pemain daripada kumpulan mereka.

• Bertemakan ‘tukang masak’, Super Spontan Xtravaganza membentuk dua buah kumpulan iaitu kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

• ‘Super Spontan Xtravaganza’ akan dijayakan oleh 16 orang pemain yang terdiri daripada barisan pelawak, pelakon, penyanyi serta selebriti media sosial.

• Kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang diketuai oleh Rashid Salleh selaku Pengurus Kumpulan terdiri daripada pelawak; Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu dan Atu Zero, pelakon; Izzue Islam dan Siti Elizad serta selebriti media sosial; Modee.

• Manakala kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang diketuai oleh Reza Zainal selaku Pengurus Kumpulan pula dianggotai oleh pelawak; Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh dan Joey, pelakon; Anas Ridzuan dan Zara Zya, penyanyi; Tomok, serta selebriti media sosial; Jaa Suzuran.

• Menarik lagi edisi ‘Super Spontan Xtravaganza’ ini, tugasan ‘Pengurus Pasukan’ yang berperanan untuk mengurus dan membuat keputusan penting bagi kumpulan masing-masing dibawa semula ke gelanggang permainan. Rashid Salleh dan Reza Zainal merupakan individu yang dipertanggungjawab untuk menggalas peranan tersebut.

• Selain itu, pihak juri juga mempunyai kuasa penuh untuk memberikan kad imuniti iaitu kelebihan yang menjadikan pemilik kad tersebut kebal daripada sebarang penyingkiran, kepada mana-mana ahli kumpulan pada bila-bila masa.

• Bagi memastikan kelancaran perjalanan permainan spontan yang dimainkan, selebriti serba boleh dan versatil yang cukup sinonim dengan program Super Spontan iaitu Dato’ AC Mizal, kekal sebagai ‘Pengacara Utama’ di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak selaku ‘Pengacara Bersama’.

Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro berkata:

“Astro Warna berbesar hati membawakan sekali lagi program Super Spontan buat kali ke-7 berturut-turut. Untuk penerbitan tahun 2018 ini, kami masih mengekalkan sebahagian besar format program namun untuk memberi lebih warna pada musim ini, kami menyuntik sedikit kelainan dengan melibatkan secara langsung penyertaan penonton dalam program ini dan juga pertukaran sistem pemarkahan.

Didorong oleh sokongan hebat yang diberi penonton terhadap program Super Spontan saban tahun, kami ingin mereka merasai sendiri pengalaman berada di gelanggang Super Spontan, sama seperti yang mereka tonton di kaca televisyen. Justeru itu, rancangan terbaharu, ‘Spontan Tepi Jalan’ diterbitkan khas untuk mencari dua orang penonton bertuah tersebut bagi menyertai para pemain di gelanggang akhir Super Spontan Xtravaganza kelak bukan sebagai penonton tetapi peserta.

Keterujaan berganda buat penonton apabila buat pertama kalinya dalam sejarah penerbitan program ini, terdapat pertukaran dalam sistem pemarkahan, di mana para pemain akan dikritik dan dinilai oleh barisan juri. Namun begitu, dalam masa yang sama kuasa undian oleh penonton masih lagi dikekalkan, sama seperti musim-musim terdahulu. Kami amat positif bahawa pembaharuan yang diperkenalkan dalam Super Spontan Xtravaganza ini dapat memastikan kualiti persembahan permainan lawak spontan yang dipentaskan akan menjadi lebih baik berbanding musim terdahulu.

Kami juga mengalu-alukan kehadiran anak seni yang cukup disegani, Adibah Noor, sebagai juri tetap disamping Dato’ Afdlin Shauki. Saya percaya, pengalaman luas beliau sebagai anak seni dan penglibatan beliau dalam pelbagai cabang dunia hiburan dapat dikongsi kepada para pemain dan dimanfaatkan oleh mereka semua untuk memperbaiki kemahiran dalam melontarkan persembahan lawak spontan masing masing.”

HADIAH KEMENANGAN

• Juara – RM100,000.00 dan sebuah trofi
• Naib Juara – RM50,000.00 dan sebuah trofi
• Tempat Ketiga – RM25,000.00 dan sebuah trofi
• Tempat Keempat – RM5,000
• Tempat Kelima – RM5,000
• Tempat Keenam – RM5,000

MEDIA & PENAJA RASMI

• Radio ERA hadir sebagai ‘Rakan Spontan’ yang bertindak selaku media rasmi

• Astro Circle hadir selaku penaja bagi hadiah mingguan yang diberikan kepada penonton

‘Super Spontan Xtravaganza’ akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap Jumaat mulai 20 Julai 2018, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Manakala, ‘Spontan Tepi Jalan’ pula akan mula bersiaran setiap Jumaat mulai 20 Julai 2018, jam 9.30 malam di saluran yang sama. Kedua-dua program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

IKUTI BERITA TERKINI ‘SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA’

superspontan.com.my @zonlawak

Zon Lawak: @ZonLawak
#SuperSpontanXtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan Xtravaganza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Perkenalkan Smart Downloads Untuk Tontonan Lebih Lancar

Linda Rafar Meriahkan Riang Ria Raya Ryanees