in

Senarai 11 Peserta Gema Gegar Vaganza Musim Kedua

‘Gema Gegar Vaganza’ Kembali Bergema Untuk Musim Kedua

Tampilkan 11 peserta yang terdiri daripada 6 peserta berkumpulan dan 5 peserta solo, GGV janjikan persaingan lebih sengit untuk musim ini

Setelah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri dalam dunia hiburan sejak diterbitkan pada April tahun lalu, ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) kini kembali untuk musim kedua dengan menampilkan barisan 11 peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpulan iaitu ‘Brothers’, ‘Devotees’, ‘InTeam’, ‘Mestica’, ‘Rabithah’ serta ‘Heliza & Hazwani’ (pasangan duo) dan lima peserta solo iaitu ‘Adeep Nahar’, ‘Awi Rafael’, ‘Farah Asyikin’, ‘Fitri Haris’ dan ‘Ippo Hafiz’.

GGV musim kedua akan dipancarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu bermula 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135). Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, ‘on demand’.

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

INFO MENARIK MENGENAI ‘GEMA GEGAR VAGANZA’

• Penganjuran ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) pada tahun lalu menyaksikan program ini melakar kejayaan membanggakan apabila menjadi progam Islamik nombor satu di Malaysia.

• Sepanjang penyiaran program ini pada tahun lalu, GGV berada di carta 10 carian tertinggi di laman media sosial; Twitter pada setiap minggu menerusi tanda pagar #gemagegarvaganza dan turut mengungguli carian tertinggi di portal Gempak.

• Laman sesawang rasmi Gema Gegar Vaganza pula memperlihatkan jumlah aliran trafik sebanyak hampir setengah juta, membuktikan keterujaan penonton untuk mendapatkan info terkini mengenai program ini secara berterusan.

• GGV juga telah mencatatkan lebih tiga juta tontonan digital di seluruh platform Gempak dan menjana lebih 146,000 perbualan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

NOTA RINGKAS ‘GEMA GEGAR VAGANZA’ MUSIM KEDUA

• Masih mengekalkan tema ‘Gema Irama Terindah’, setiap peserta akan diberi tugasan berdasarkan tema mingguan yang telah ditetapkan. Mereka bebas untuk memberi nafas baharu terhadap lagu tugasan tersebut mengikut pada kreativiti masing-masing.

• Seleksi lagu yang dipersembahkan di pentas GGV musim kedua terdiri daripada pelbagai genre lagu yang mempunyai lirik dan mesej positif, serta dipersembahkan berlandaskan batas-batas yang dibenarkan dalam agama Islam.

• Daripada segi pemilihan peserta pula, sama seperti musim sebelum ini, GGV musim kedua sekali lagi membuka pintu dan mengalu-alukan kehadiran semua anak seni yang mempunyai lagu dengan lirik positif tanpa batasan umur mahupun genre muzik yang dibawa.

• Untuk makluman, kesemua 11 peserta GGV musim kedua berjaya melepasi sesi ujibakat tertutup yang diadakan di Hotel Premiera di mana prestasi terkini dan potensi bakat mereka dinilai agar sesuai untuk diketengahkan di pentas GGV musim kedua ini.

• Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang ‘Juri Tetap’ iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan anak seni yang cukup disegani di Indonesia, Oki Setiana Dewi serta seorang ‘Juri Jemputan’ pada setiap minggu.

• Manakala, tugasan selaku ‘Pengacara’ program pula digalas oleh penyanyi popular, Siti Nordiana serta pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim. Turut sama menyarung jersi pengacara bersama Siti Nordiana dan Fikry adalah Fakhrul UNIC.

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro:

“Kami di Astro berasa amat teruja untuk membawakan ‘Gema Gegar Vaganza’ musim kedua kepada penonton. Rentetan daripada pelbagai kejayaan yang berjaya dilakar oleh program ini selepas penerbitannya tahun lalu, kami berasa sangat bersyukur dan lebih bersemangat untuk memberi yang lebih baik kepada penonton.

Impak yang diberikan oleh ‘Gema Gegar Vaganza’ melebihi skala yang diharapkan apabila bukan sahaja program ini menjadi sebutan rakyat Malaysia malahan berjaya mencatatkan rekod sebagai program Islamik nombor satu di Malaysia. Saya percaya, matlamat utama program untuk menyampaikan mesej-mesej ilmiah dan menanam nilai-nilai murni dalam hati penonton dan masyarakat Malaysia amnya menerusi persembahan lagu-lagu positif daripada pelbagai genre, berjaya dicapai.

Justeru itu, kami masih mengekalkan format penganjuran ‘Gema Gegar Vaganza’ musim kedua seperti tahun sebelumnya. Cuma, pada musim ini kami menampilkan 11 peserta berbanding 10. Keputusan ini diambil selepas kehadiran ramai penyanyi berbakat ke sesi ujibakat tertutup. Sayang rasanya apabila mereka yang benar-benar layak tidak diberi peluang untuk beraksi di pentas GGV musim kedua ini. Kami yakin, bakat mereka ini wajar diangkat kembali untuk kebaikan kita bersama.

Selain itu, kami juga memperkenalkan seorang lagi pengacara baharu yang akan bergandingan bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim iaitu Fakhrul UNIC. Beliau berbakat bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi juga pengacaraan di mana beliau juga merupakan pengacara program terbitan Astro Oasis iaitu ‘Bismillah Ad-Duha’. Personaliti yang dimiliki beliau juga disenangi semua. Pihak kami yakin Fakhrul dapat menggalas tugasan ini dengan baik, apatah lagi beliau pernah berada di pentas GGV tahun lalu, yang mana kumpulan UNIC sendiri telah dinobatkan sebagai juara. Pastinya, kehadiran beliau ke dalam keluarga GGV menerusi sisi lain (sebagai pengacara) akan dapat memeriahkan lagi program ini.”

HADIAH KEMENANGAN

• Juara – RM100,000.00 dan sebuah trofi
• Naib Juara – RM30,000.00 dan sebuah trofi
• Tempat Ketiga – RM20,000.00 dan sebuah trofi
• Tempat Keempat – RM15,000.00 dan sebuah trofi
• Tempat Kelimaaa – RM10,000.00 dan sebuah trofi
• Tempat Keenamaa – RM5,000.00 dan sebuah trofi

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

PENAJA DAN MEDIA RASMI ‘GEMA GEGAR VAGANZA’ MUSIM KEDUA

• ‘Beauty Kaseh’, pengeluar produk minuman tambahan dan penjagaan wajah, hadir sebagai ‘Penaja Utama’ GGV musim kedua.

• Radio ‘Zaayan’ dan ‘Gegar’ bergandingan dan bertindak sebagai ‘Radio Rasmi’ GGV musim kedua, manakala aplikasi penstriman muzik, ‘Raku’ pula bertindak sebagai ‘Radio Digital’ GGV musim kedua.

• ‘Salam Muslim’ selaku ‘Portal Rasmi’ akan menjadi medium perantaraan utama untuk mengemaskini berita terkini mengenai GGV musim kedua.

BUTIRAN SIARAN

‘Gema Gegar Vaganza’ musim kedua akan mula bergema dengan nyanyian 11 peserta selama tujuh minggu berturut-turut secara langsung mulai 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106), Astro Maya HD (saluran 135) serta platform digital ‘on demand’.

IKUTI BERITA TERKINI ‘GEMA GEGAR VAGANZA’ MUSIM KEDUA

www.gemagegarvaganza.com.my @mysalammuslim

facebook.com/SalamMuslim #GemaGegarVaganza #GemaGegarVaganza2 #GGV2
#DakwahWave

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Mengenai Beauty Kaseh
Beauty Kaseh merupakan satu jenama yang mengeluarkan produk minuman tambahan & penjagaan wajah berkualiti tinggi. Semua rangkaian produk Beauty Kaseh boleh didapati di seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia. Ditubuhkan sejak tahun 2013 dan kini sedang rancak mengembangkan pasaran ke serata Asia. Beauty Kaseh juga memastikan produknya mengikut segala peraturan yang ditetapkan dan mesra pengguna; dengan R&D yang kuat serta kukuh, Beauty Kaseh dapat menghasilkan produk yang unik dan istimewa.

Produk Beauty Kaseh
Beauty Kaseh dengan bangganya ingin memperkenalkan produk keluaran Beauty Kaseh iaitu Minuman Manja Kaseh & Arjuna Kaseh serta set Kaseh Skincare. Minuman Arjuna & Manja Kaseh merupakan produk utama dalam rangkaian produk Beauty Kaseh. Minuman Arjuna Kaseh dihasilakn dalam bentuk kopi yang mana minuman ini adalah khusus untuk lelaki. Minuman Arjuna Kaseh membantu mengembalikan tenaga dari dalam agar kekal positif & bersemangat. Minuman Manja Kaseh pula, didatangkan dengan 2 perisa iaitu kopi & koko. Minuman Manja Kaseh adalah minuman khusus untuk wanita berfungsi untuk kurangkan rasa lesu & kekal awet muda. Kaseh Skincare adalah produk kedua keluaran Beauty Kaseh. Kaseh Skincare terdapat 2 jenis iaitu Set 3 dalam 1 & Set 5 dalam 1. Set Kaseh Skincare 3 dalam 1 adalah untuk kulit wajah yang sensitif dan Set Kaseh Skincare 5 dalam 1 adalah untuk kulit wajah yang normal. Kedua-dua set ini sesuai untuk wanita & juga lelaki. Terdapat 3 produk asas di dalam kedua-dua set Kaseh Skincare iaitu Milky Lemon Soap, Pearl Cream (siang) & Diamond Cream (malam). Set Kaseh Skincare membantu menghilangkan kotoran pada wajah, kulit menjadi lembut & melindungi kulit dari sinaran UV.

Beauty Kaseh “Jaga Baik Baik”
“Jaga Baik Baik” adalah tagline rasmi Beauty Kaseh untuk semua produk. Tagline “Jaga Baik Baik” mesti digunakan dalam semua platform untuk pengiklanan.
• Arjuna Kaseh – Perisa Kopi
• Manja Kaseh – Perisa Kopi & Koko
• Kaseh Skincare – Set 3 dalam 1 (kulit sensitif) & Set 5 dalam 1 (kulit normal)

Majlis Sidang Media 'Gema Gegar Vaganza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem RAMPAGE

Kugiran SINAR Bersama Shah SLAM