Sering diasak soalan tentang zuriat dek keadaan tubuh yang tampak berisi, pelakon Sweet Qismina menafikan dakwaan mengatakan dirinya kini berbadan dua.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata sehingga kini belum ada tanda-tanda dia akan dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Tidak melenting jauh sekali terasa hati dek soalan-soalan ‘cepu emas’ yang dihadapi sejak bergelar isteri orang, aktres kelahiran Muar, Johor itu, sebaliknya menganggap teguran tentang fizikalnnya terutama, perut dan usia kandungannya sebagai satu doa.
Aktres berusia 26 tahun itu sebaliknya gembira diajukan soalan tentang cahaya mata kerana baginya, semua itu adalah doa yang mungkin akan dimakbulkan Tuhan.
Sebelum ini, penampilan Sweet yang memperlihatkan perutnya seakan-akan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis menjadi bualan netizen yang mendakwa aktres berkenaan hamil.
Sumber: Kosmo!