Masih aktif dalam bidang hiburan, minat pelakon dan penyanyi Erna Elliyana tidak pernah berubah namun dia kini bertukar posisi.
Jika dahulu, naib juara Sinaran Pasport Kegemilangan 2000 ini sibuk di set penggambaran dan memenuhi undangan nyanyian, dia yang kini sibuk memerah keringat dalam bidang keusahawanan selesa menjadi penaja.
Pelantun lagu Bukan Untuk Sesaat itu kini menzahirkan minat dalam bidang hiburan dengan menaja pelbagai program, termasuklah beberapa konsert besar yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Erna ditemui di majlis pembukaan Daigor Hong Kong Muslim yang terletak di Jumpa @ Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang pada Isnin.
Bercerita lebih lanjut mengenai ‘buah hati’ itu, Erna memilih itik panggang sebagai antara signature dish istimewa yang wajib dicuba pelanggan.
Sekadar info, konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari AlphaCapital (M) Berhad.
Daigor pula merupakan rangkaian perniagaan makanan baharu di bawah jenama K-Town Alpha iaitu syarikat subsidiari Alphacapital yang memiliki variasi cabang perniagaan.
Selain Erna yang bertindak sebagai Lembaga Pengarah AlphaCapital, majlis pembukaan terbabit turut dihadiri oleh pengasas Daigor, Andy Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak dan Hilal Haizan selaku Lembaga Pengarah.