Artis dulu dan artis sekarang memang banyak rahsia nak dirungkaikan. Kekadang jelas sekali transformasi atau ‘metamorphosis’ atau kata senang, perubahan diorang. Ada yang memang nampak lain. Gambar tak pernah menipu, kan? Cuma manusia yang bijak mengubah kejadian. Kepada yang cantik kepada yang lebih cantik. Tuhan begitu suka dengan kecantikan. Begitu juga manusia, akan sentiasa mahu dirinya tampil menawan.
Segmen dulu dan sekarang bakal menyelongkar, bagaimana rupa artis ketika mereka sebelum menjadi artis dan bagaimana rupa mereka setelah bergelar artis. Kita mula dengan Zoey. Ini gambar Zoey semasa berusia 16 tahun…
Dan ini gambar Zoey yang terkini, diambil oleh Budiey masa sidang media Drama Impian di Sri Pentas baru-baru ini.