in , ,

Pertunjukan Fesyen Hebat Bertema Race Day di Litar Sepang dari Neonate X SVG

* Inisiatif kerjasama di antara Neonate dan SVG Worldwide pada 20 Ogos 2023 memperlihatkan kematangan dengan 83 set persalinan yang diperagakan oleh 83 orang model, dan dihadiri oleh lebih 3,000 penonton yang membanjiri South Track di Litar Antarabangsa Sepang

Sesungguhnya ia merupakan malam yang begitu monumental yang diakhiri penuh gilang gemilang. Begitulah diluahkan oleh rata-rata para tetamu yang hadir untuk menyaksikan pertunjukan fesyen oleh Neonate dan SVG Worldwide. 

NeonateSVG Drone Shot _0000_Brightness_Contrast 1

Kedua-dua jenama streetwear tempatan ini baru sahaja mempersembahkan koleksi bertajuk RACE DAY di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Ahad lepas (20 Ogos 2023).

NeonateSVG Drone Shot _0002_DS11

Disenaraikan sebagai pertunjukan luar jadual bagi acara tahunan Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23), RACE DAY menampilkan  sebuah koleksi yang mengandungi 83 set persalinan yang dibahagikan kepada lapan jenis warna – merah, oren, biru, kuning, perak, hijau, coklat dan hitam. 

NeonateSVG Drone Shot _0010_DS3

Menggabungkan seramai 77 orang model dari muka-muka baru yang berjaya dicungkil oleh Neonate dan SVG sehinggalah ke model profesional, personaliti media dan pempengaruh atau influencers, koleksi tersebut menggambarkan situasi normal di litar lumba namun diberi nafas baru. Impak yang dicapai pula pasti lebih hebat dengan latarbelakang litar lumba Sepang. 

RACE DAY 9_MK

Neonate dan SVG telah memulakan kempen mereka pada bulan Jun 2023. “Panggilan terbuka bertujuan mencari model baru telah menarik bilangan peserta yang mengagumkan. Lebih daripada 700 muka-muka baru dari seluruh negara hadir ke sesi 2 hari panggilan terbuka kami. Daripada bilangan ini , kami telah menyenarai pendek 77 bakat baru yang kami anggap pilihan terbaik untuk mewakili kedua-dua jenama dan koleksi kami yang akan datang” ulas Karl Shafek, Pengasas dan Pengarah Kreatif Neonate Clothing Company. Menyuarakan sentimen yang sama, Ashraf Anuar, Pengasas SVG Worldwide, antara jenama streetwear Malaysia yang paling popular masa kini turut menambah, “Pada bulan Julai, model-model terpilih telah menghadiri Kem Latihan Model kelolaan Tinie, model terkemuka Malaysia yang mempunyai pengalaman luas bekerja dengan pereka tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan kursus yang benar-benar intensif dengan jadual yang padat dalam masa yang amat terhad. Saya terhutang budi kepada sesiapa saja yang membantu dalam proses pemilihan ini”.

RACE DAY 5

Pertunjukan fesyen tersebut mempunyai elemen-elemen sebuah produksi besar dengan 300 ahli kru menjalankan pelbagai tugas. Dengan kehadiran lebih 3000 tetamu, RACE DAY lebih meriah dengan adanya aktiviti sampingan yang disediakan di luar litar. 

RACE DAY 11

Karl menambah, “Neonate and SVG are also grateful and would like to acknowledge Komono Malaysia and Converse Malaysia for their support by sponsoring accessories, namely sunglasses, watches, and sneakers to be used for the show. We must also give a massive shoutout to KLFW especially its Founder, Mr Andrew Tan for his continuous support, leadership and commendable initiatives to elevate the Malaysian fashion industry”. Endorsed by KLFW, other partners of the Neonate X SVG activation campaign and RACE DAY show are De’Xandra Perfume as main sponsor, Sepang International Circuit, AirAsia, Royale Chulan Hotels & Resorts, Motormaniac, Bateriku, Prestige Medispa Malaysia, JCPR, Hausboom, MZone Studio and Majalah Remaja. The event ended with a mini concert featuring some of the hottest young hip hop artists in the country including MK of K-Clique.

RACE DAY oleh Neonate X SVG akan berada di pasaran!

RACE DAY 01_KARL
RACE DAY01_ASHRAF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023, Ahad Ini di TV2