in , ,

Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Bernilai RM2Juta, Pecah Rekod Malaysia

Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang dengan kerjasama daripada Menara Kuala Lumpur (KL Tower) telah melakar sejarah dengan mengadakan pertunjukan fesyen, yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada 18 Februari, semalam.

Pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif. Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua. 

Acara ini dimeriahkan lagi dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan. 

Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Bernilai RM2Juta, Pecah Rekod Malaysia

Tidak ketinggalan juga, salah satu ‘highlight of the night’ adalah di mana Bulan Bintang melakar sebuah lagi sejarah dengan menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak. 

Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel. 

Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Bernilai RM2Juta, Pecah Rekod Malaysia

Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini membawakan pelbagai kejutan dan kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus mengangkat jenama Bulan Bintang ini ke peringkat antarabangsa. Tarikh 18 Februari yang bermakna ini juga merupakan tarikh bermulanya penjualan koleksi Raya 2023 di mana pengguna boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia. 

Sementara itu, jangan lupa untuk dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di www.bulanbintanghq.com atau anda juga boleh buat pembelian secara fizikal dengan mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang. 

Ikuti @bbtakesthesky dan @bulanbintanghq di semua platform media sosial untuk lihat perkembangan dan update terkini. 

Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Bernilai RM2Juta, Pecah Rekod Malaysia

Latar belakang Bulan Bintang 

Jenama Bulan Bintang bermula pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menyediakan reka bentuk minimalis bagi pakaian tradisional mereka sambil mengekalkan adat dan tradisinya. 

Bulan Bintang bercita-cita untuk memberikan kualiti yang terbaik untuk pakaian lelaki kontemporari Muslim, serta rangkaian terkini pakaian sederhana (modest) kami untuk wanita dan kanak-kanak. 

page2image49616784.png

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DEAR DAVID di Netflix

STACY

Peraduan Menangi Dua Pas Ke Konsert Stacy di Dewan Filharmonik Petronas