in

Program Syahadah 2016 Musim Ke-11 Pertembungan Timur – Barat

Rancangan dokumentari Syahadah untuk siaran sepanjang Ramadan terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM bakal bersiaran bagi kali kesebelas (11) tahun ini.

Syahadah 2016 memfokuskan kejayaan umat Islam di peringkat global dan memaparkan jalinan ukhwah Islamiah bagi membentuk komuniti Islam yang kuat. Fokus Syahadah kali ini ialah Asimilasi Islam di Korea dan masyarakat Islam di Bosnia Herzegovina.

Program Syahadah bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan di TV1 (Bahasa Melayu) bermula 6 Jun hingga 5 Julai ini, jam 6.30 petang, dan ulangan jam 5.30 pagi pada keesokan harinya. Sementara di TV2 (Bahasa Inggeris) pula mulai 7 Jun hingga 6 Julai setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 petang dan ulangan jam 10.30 pagi pada keesokan harinya. Syahadah turut disiarkan menerusi TVi (Bahasa Melayu) mulai 6 Jun hingga 5 Julai ini, pukul 8.00 malam.

Tahun ini Syahadah akan mengetengahkan kehidupan masyarakat Islam di barat Bosnia dan timur Korea Selatan. Kedua-dua negara ini pernah mengalami perang saudara pada satu ketika tetapi masih berdiri teguh hari ini. Selain daripada budaya mereka sendiri, sejarah dan survival umat Islam di Bosnia dan Korea Selatan menekankan bahawa Islam bukan bukan sekadar agama tetapi Islam telah membawa banyak nilai-nilai positif kepada rakyat di kedua-dua negara.

Syahadah 2016 menampilkan empat orang penerbit iaitu Rosli Nordin dan Mohd Jasmaidy Mat Aroff, episod di Bosnia Herzegovina manakala Zadil Hayat Arsad dan Faizal Said, episod di Korea Selatan.

episod bersama tentera wanita bOsnia

Siaran program ini ditaja oleh Serai Mas Herbs Trading.

SINOPSIS PROGRAM SYAHADAH 2016

Korea Selatan ( 15 Episod )

Korea Selatan kini di ambang kemahsyuran dalam pelbagai bidang setelah melalui detik dibelenggu kemiskinan pada ketika dahulu. Dugaannya bertambah lagi dengan terputus silaturahmim angkara politik dunia sewaktu tercetus perang saudara. Di sebalik detik berat ini, Allah menghadirkan Nur yang sebenar bagi rakyatnya memahami erti kehidupan. Armada tentera Turki adalah pemula bagi melonjaknya Islam di bumi Korea Selatan. Seterusnya, Islam bertahan dan berkembang seiring melalui zaman-zaman revolusinya.Ramai watak-watak utama yang berhempas pulas menghabiskan umurnya melakukan kerja Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Kini, walaupun Korea Selatan gah dengan fenomena Hallyu-nya, ada segolongan kecil yang kental, teguh dan mantap mempertahankan apa yang dikatakan kehidupan sebenar. Syahadah membongkar senario Muslimin dan Muslimat di Korea Selatan.

Bosnia Herzegovinia ( 15 Episod )

Titik hitam 1992 tidak pernah dilupakan umat Islam Bosnia. Tempoh 3 tahun yang perit mengajar mereka tentang kesetiaan dan pengorbanan kepada bangsa dan agama. Hari ini Islam terus mekar di bumi balkan. Syahadah menjengah saudara sesama islam kita bagi melihat perkembangan syiar Islam dalam arus pembangunan ekonomi, pendidikan dan senibudaya Bosnia Herzegovina. Antara paparan yang bakal menemui penonton, krew Syahadah meninjau kesinambungan pendidikan Islam di Madrasah Gazi Huzrev Beg yang telah diasaskan 500 tahun lalu mekar hingga ke hari ini. Turut mendapat perhatian operasi sebuah stesen televisyen terkenal Al Jazeera wilayah Balkan berpusat di Sarajevo. Ia merupakan satu penghormatan dan kepercayaan dalam menerbit dan menyiarkan berita di kawasan liputan yang terdiri dari etnik Bosniak, Serb dan Croat yang pernah melalui sejarah hitam. Ikuti Syahadah musim ke 11 untuk pelbagai paparan menarik bakal menemui anda.

episod di Bosnia

episod di Korea Selatan

Korea Maritime

Masjid Busan Al Fatah di Korea

Masyarakat Islam di Korea

penggambaran Syahadah di Bosnia

Syahadah di Korea Selatan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak & Nabila Huda Terajui TERCIPTA UNTUKKU

Shukri Yahaya Lupa Diri Dalam Telemovie MUANAJAT TERHENTI