Rejuvenate Dance Crew meraih Gelaran Juara dalam Pertandingan Tarian Hiruscar Post Acne Step Up 2015. Para pemenang Pertandingan Tarian Hiruscar Post Acne Step Up 2015 telah diumumkan sejurus selepas tamatnya pertandingan akhir di Paradigm Mall. Acara kemuncak tahun ini mengkehendaki para peserta untuk menggabungkan gerak tari Hiruscar Post Acne ke dalam koreografi tarian mereka disamping mempersembahkan bakat mereka di atas pentas.
Sebelum pertandingan akhir diadakan, 10 pasukan telah dipilih berdasarkan video tarian yang dirakam di kampus dan sekolah masing-masing. Rejuvenate Dance Crew, dari Bandar Klang telah muncul juara di pertandingan akhir tarian Hiruscar Post Acne Step Up dan menerima hadiah wang tunai utama bernilai RM 2,500. Kru Inversion meraih tempat kedua dan menerima RM 1,500; manakala Kru HyperActive menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM 500. Pasukan-pasukan yang tidak berjaya menerima hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan.
Florence Chan, Pengurus Kanan Produk Healthcare Consumer Health, yang turut hadir di pertandingan akhir itu berkata,
“Pihak kami berbangga kerana pertandingan ini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Peserta akhir pada hari ini begitu hebat dan bagi kami mereka semua adalah pemenang. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi batu loncatan bagi orang ramai mengekspresikan diri disamping membina tahap keyakinan diri menerusi tarian. Bagi pihak Hiruscar Post Acne, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas daya usaha dan sokongan berterusan terhadap pertandingan tarian tempatan.”
“Sungguhpun amat mencabar, ternyata kesempatan untuk menyertai pertandingan tarian Hiruscar Post Acne Step Up menjadi suatu pengalaman yang menakjubkan. Ini adalah satu platform terbaik untuk kami bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menyerlahkan ciri-ciri terbaik diri kami dalam menghadapi cabaran pertandingan tarian. Salah satu pengalaman yang berharga ialah belajar untuk meningkatkan keyakinan diri – pertandingan tarian ini menggalakkan kami untuk tampil ke hadapan dan merasa lebih yakin diri demi mencapai matlamat yang dingini,” kata Danny Lee, ketua pasukan Rejuvenate Dance Crew.
“Masalah kulit seperti akne atau jerawat dan kesan parut akne pada muka adalah masalah biasa bagi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggungnya sekian lama. Antara gejala-gejala emosi yang timbul akibat daripada masalah kulit ialah kemurungan, kerisauan, kurang sifat ketegasan, menyendiri dan kurang bergaul, kurang keyakinan diri dan rasa rendah diri. Pertandingan tarian ini pada asasnya penting untuk menolong anak-anak muda menyerlahkan diri mereka sebenar dan mengekspresikan diri dengan penuh yakin menerusi tarian.”
Pertandingan ini diadili oleh panel juri selebriti terdiri daripada para penari profesional tempatan iaitu Dennis Yin, Rebecca Lee dan Kelvin Low. Orang ramai telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai promosi termasuk stesen foto, pemberian produk-produk Hiruscar dan penampilan maskot khas.
Para peserta yang layak menyertai peraduan media sosial “Guess the Winner of the Step Up Dance Competition” akan diumumkan dalam laman rasmi Facebook Hiruscar selewat-lewatnya 15 September 2015.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila layari www.hiruscar.com.my/stepup.
Mengenai Hiruscar® Post Acne
Produk penjagaan parut post-acne yang pertama diperkenalkan di Malaysia, Hiruscar® Post Acne telah diuji secara klinikal:
• Memperbaiki rupa parut akne
• Mencerahkan kesan tanda gelap/ merah
• Memelihara kesihatan kulit yang mudah kena akne
Gel jernih antibakteria ini mengandungi bahan aktif MPS yang menggalakkan proses penyembuhan luka badan secara semula jadi dan merangsang penjanaan semula sel baru yang memperbaiki rupa parut akne. Produk ini juga mengandungi bahan-bahan yang menyekat pembiakan bakteria, mencegah akne daripada berulang dan mengekalkan kesihatan kulit yang mudah kena akne.
Hiruscar® Post Acne telah diuji secara klinikal, bebas alkohol dan hipoalergenik. Dirumuskan oleh Medinova AG, Switzerland, Hiruscar® Post Acne juga tidak berminyak, cepat meresap dan berbau harum.
Hiruscar® Post Acne 10g dijual dengan harga RM41.10 di semua farmasi utama Malaysia.