GRAND FINAL PERTANDINGAN REKAAN BUSANA MUSLIM MARHABAN DI ASTRO 2009
Lokasi: AEON BUKIT TINGGI, KLANG
Tarikh: 6 SEPTEMBER 2009
Mengambil inisiatif untuk mengangkat bakat baru dengan rekaan terkini dan segar di dalam bidang Fesyen Busana Muslim, Marhaban di ASTRO 2009 mengambil langkah pro aktif dengan menganjurkan Pertandingan Rekaan Busana Muslim.
Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila lebih dari 80 lakaran rekaan telah pun diterima untuk disaring. Lebih menarik, rekaan ini datangnya dari pereka baru dari kalangan pelajar yang kaya dengan idea kreatif yang segar serta pereka profesional yang memang telah diperakui kemantapan hasil rekaan mereka.
Untuk pertandingan akhir, seramai 12 orang finalis telahpun terpilih rekaannya iaitu:
- Akmal Ariffin
- Syahrul Naim Ibrahim
- Rizal Jamaluddin
- Mohd Syafiq Sahak
- Raziman Roslan
- Ahmad Norafis Hassan
- Muhamad Zharin Hariz
- Fatin Syazwani Ahmad Ambri
- Khairulazlan Abd Karim
- Rozaine Sharudin
- Nik Erwan Roseli
- Hairul Azuan Ahdan
Juri yang mengadili pertandingan ini adalah Faizal Hamid, Rosie Haslinda Nasir, Fitri Zainal dan Molina Musa. Secara keseluruhan, juri berpendapat kualiti rekaan peserta amat baik dan membanggakan terutama dari pereka muda yag menyerlahkan originaliti.
Pemenang menerima hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah lebih RM 15 Ribu merangkumi hadiah wang RM5,000 beserta pakej umrah untuk dua orang. 8 pemenang saguhati membawa pulang wang kemenangan bernilai RM 500 setiap seorang. Kesemua hadiah adalah sumbangan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
Keputusan rasmi Grand Final Pertandingan Rekaan Busana Muslim adalah seperti berikut:
TEMPAT PERTAMA – KHAIRULAZLAN ABD KARIM (Queen of Sahara)
TEMPAT KEDUA – NIK ERWAN ROSELI (Thread of Supremacy)
TEMPAT KETIGA – MUHAMAD ZHARIN HARIZ (Renaissance Du Cenderawasih)
TEMPAT KEEMPAT – ROZAINE SHARUDIN (Khazanah Busana)