in

Pertandingan Mimpi Ke Bintang Zon Timur

14 Peserta Wakili Zon Timur Dalam Episod Pertama Pertandingan Mimpi Ke Bintang

Mimpi 14 peserta bertanding untuk menjadi bintang bakal direalisasikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila mereka berjaya melayakkan diri mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan pencarian bakat kreatif, Mimpi ke Bintang.

Menerusi episod pertamanya yang berlangsung di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu, Kuala Terengganu pada 6 Oktober lalu, sambutan baik diterima dengan jumlah penyertaan ramai peserta berminat mencuba bakat lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik, kebolehan kreatif mencipta sesuatu, kepantasan luar biasa, kebolehan luar biasa anggota tubuh / minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi / suara dan keberanian luar biasa.

Disiarkan secara langsung di TV2, 30 peserta bertanding nyata berjaya mencuri tumpuan juri, Dato’ Fazley Yaacob, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Othman Zainuddin namun hanya 14 peserta yang terpilih mewakili Zon Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) bakal bertanding di Angkasapuri kelak.

Peserta yang melayakkan diri termasuklah Mazlan Zakaria (bakat bermain muzik), Stanley Lau Ji Sheng (bakat bermain yoyo), Shafiq Abdullah (bermain silap mata), Sharifuddin Marzuki (bakat tiru suara), Mohd Nor Khairi (bakat akrobatik), Iskandar Mohd Kayubi (bakat tiru suara), Mohd Rafiuzin Abdullah (bakat sikap mata), Ahmad Haziq Ramli (bakat main muzik), Hairuddin (bakat main muzik) dan Mohd Radzuan (bakat main muzik).

Menariknya turut sama mengiringi mereka layak ke peringkat seterusnya termasuklah Kumpulan Gasing Terbang (bermain gasing terbang), Kumpulan Dashing (bakat akrobatik), Kumpulan Irama Rakyat Kelantan (bakat bermain alat muzik 1Malaysia) dan Kumpulan Inai (bakat akrobatik).

Sepanjang sejam setengah siarannya, program ini turut menguji kemampuan pelakon Azad Jasmin yang muncul buat pertama kalinya sebagai hos program siaran langsung. Meskipun masih ‘hijau’ dalam bidang pengacaraan, lawak spontan Azad berjaya mencuit hati penonton yang memenuhi segenap ruang Auditorium Kompleks JKKN Terengganu, Kuala Terengganu.

Penonton yang kebanyakkannya hadir bersama seisi keluarga menyokong peserta bertanding turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan perkusi dan artis Imran Ajmain yang menyampaikan single terbaharunya bertajuk Dikalung Kasihan.

Pencarian uji bakat episod seterusnya cuba menarik penyertaan daripada kalangan peserta berbakat yang tinggal di sekitar Zon Utara (Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang) bertempat di RTM Alor Setar Kedah mulai 8 hingga 5 Oktober 2012. Malam penentuan siapakah yang layak mewakili Zon Utara diadakan pada 13 Oktober 2012, jam 9.00 malam menemui penonton TV2.

Menyusul lokasi uji bakat berikutnya bertempat di RTM Kuching Sarawak (15 hingga 18 Oktober 2012), Kompleks JKKN Melaka (5 hingga 8 November 2012), Kompleks JKKN Sabah (3 hingga 6 Disember 2012) dan lokasi terakhir di RTM Seremban, Negeri Sembilan (10 hingga 13 Disember 2012). Proses uji bakat dikesemua lokasi bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Artis undangan ... Imran Ajmain

Pengacara bersama peserta yang layak ke peringkat seterusnya

Kumpulan Inai kongsi bakat akrobatik

penonton di Auditorium

bakat Kumpulan Irama Rakyat Kelantan

Persembahan artis undangan pemuzik perkusi

persembahan Sharifuddin Marzuki

aksi Akrobatik Kumpulan Dashing

peserta yang tidak ketinggalan membuat persembahan

meskipun gagal ... reaksi mereka cuit hati penonton

Reaksi peserta ketika memasuki Auditorium sebelum siaran langsung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zaiton Ceritaku Bongkar Rahsia Penyanyi Zaiton Sameon

Cabaran Solekan Catwalk to Sidewalk Maybelline