in

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Menara KL

Bersempena dengan sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1434H yang bakal menjelma, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi akan mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk @ Menara Kuala Lumpur pada Sabtu, 29 Jun 2013 mulai jam 7.30 pagi.

[pullquote align=”right”]Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Kembali Lagi! Buat Julung Kali Kategori Hotel Diperkenalkan[/pullquote]

Pertandingan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang sahaja dan terbuka kepada 30 kumpulan dimana 10 kumpulan untuk Kategori Terbuka dan 10 kumpulan bagi Kategori Masjid. Manakala bagi kategori baru yang diperkenalkan iaitu Kategori Hotel/Restoran juga adalah sebanyak 10 kumpulan. Yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM80.00.

Tujuan utama penganjuran pertandingan ini, adalah bagi memperkenalkan Bubur Lambuk ke serata dunia, selain daripada menambah minat generasi muda terhadap warisan masakan tradisional ini agar ianya tidak pupus dalam era kemodenan masakini. Ia juga memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan kaedah pemasakannya.

“Pelbagai aroma bubur lambuk yang terdiri daripada resepi tersendiri para peserta akan semerbak di perkarangan Menara Kuala Lumpur dimana para peserta berpeluang menunjukkan kehebatan masing-masing dengan membawa resepi dan rempah ratus serta menghias hidangan menggunakan kretiviti dan bakat masing-masing” kata YBhg Dato’ Zuraidah Hj Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Kami akan menyediakan bahan-bahan asas seperti beras, daging, udang kering, santan, bawang besar dan daun sup serta bahan-bahan lain bagi memudahkan para peserta memberikan tumpuan kepada bahan masakan mereka, disamping itu kami akan turut meraikan anak-anak yatim seramai 200 orang dari sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama menyambut Ramadhan bersama kami di Menara Kuala Lumpur” tambah beliau lagi.

Bubur Lambuk yang telah siap dimasak akan dihidangkan dan diagih-agihkan secara PERCUMA kepada para pengunjung tidak mengira bangsa dan agama mulai jam 12:00 tengahari.

Acara ini telah mendapat kerjasama daripada Telekom Malaysia, Menara Alor Setar, Muzium Telekom, Petronas, Enrico’s, Hi Top Tea, Starbucks, Faiza, Vesawit, Harmuni, Spritzer, Sabah Tea, Morning Kiss dan Syabas.

Setiap kumpulan akan diadili berdasarkan Rasa, Kreativiti dan perhiasan, Kebersihan dan Pembersihan serta Kerjasama yang membawa markah keseluruhan iaitu 100 markah. Para perserta berpeluang untuk membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM15,000. Ianya akan diadili oleh para juri yang profesional di dalam bidang masakan.

Berikut adalah senarai hadiah untuk para pemenang
HADIAH BAGI KATEGORI MASJID/TERBUKA / HOTEL & RESTORAN

JUARA NAIB JUARA TEMPAT KETIGA
Wang Tunai bernilai RM1,500 Wang Tunai bernilai RM1,000 Wang Tunai bernilai RM1,000
Hamper Hamper Hamper
Sijil Kemenangan Sijil Kemenangan Sijil Kemenangan
Piala Pusingan

TEMPAT KE 4 – KE 5 SAGUHATI
Wang Tunai RM500 Hamper
Hamper Sijil Penyertaan
Sijil Penyertaan

Jadi kepada yang ingin menyertai pertandingan ini bolehlah mendapatkan borang penyertaan atau maklumat lanjut dengan menghubungi Suriati Yusuf di talian 03-2072 1219 atau layari laman web www.menarakl.com.my atau ‘like’ facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Jun 2013 atau sehingga penyertaan telah penuh.

Pelancaran

MENGENAI MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan Menara ke tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya pelantar pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuttle serta kemudahan bagi meletak kenderaan. Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Ianya merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 36 menara terkenal di dunia. Bermula 2007, dengan pengalamannya dalam mengendalikan Menara, Menara Kuala Lumpur kini menguruskan Muzium Telekomunikasi dan Menara Alor Setar.

Muzium Telekomunikasi ini merupakan muzium interaktif pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach dimana program ini mengutamakan pelajar dan remaja yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar Unifi TM. Sementara itu, Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercu tanda kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Freshman Father dan Telemovie Papaku Masuk U Sempena Hari Bapa

Ceria Popstar Terapkan Elemen Kerohanian