Minggu lalu kita semua dah tonton Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang mana menyaksikan 11 peserta bertanding dengan gelagat serta kehebatan mereka berlawak dengan tema spoof menerusi filem, drama, atau telemovie. Best ke tidooook?
Budiey rasa mutu lawak mereka ni lebih baik dari minggu pertama. Ada la sedikit peningkatan. Yang duk bottom three tu mesti cuak dan mahu cuba sehabis baik tapi Budiey rasa lawak mereka kurang king lah. Walaupun mereka ni otai-otai tapi pelik jugak kenapa lawak mereka macam dah basi je.
Memasuki minggu ke -2, kedudukan undian peserta Maharaja Lawak Mega 2012 tidak berganjak apabila JOZAN, JAMBU dan BOBOI masih berjaya menguasai persembahan keseluruhan apabila menduduki tiga tempat teratas manakala R2, DADIDU, dan PIMAI merupakan peserta yang berada di kedudukan yang terendah setelah undian ditutup pada akhir rancangan.
Tidak ketinggalan juga Maharaja Lawak Mega 2012 seperti biasa memilih tema parody untuk disajikan kepada penonton pada minggu ke 3.
Bagaimana persembahan para peserta pada kali ini? Sama-sama kita saksikan!
Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2012 (Minggu 3) pada 30 November 2012 (Jumaat) jam 9.00 malam @ Tingkat 3, Auditorium Wisma MBSA, Shah Alam (berhadapan SACC Mall).