in

Pertandingan Kpop Crazee Cover

Kpop Crazee Cover

Pada 25 Mei yang lepas, Diovulus Entertainment dengan jayanya telah menganjurkan Pertandingan Kpop Crazee Cover di Putrajaya sempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2012.

Selaku pelopor muzik bergenre Kpop di Malaysia, Dior yang juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik ini terpanggil untuk menganjurkan pertandingan yang berasaskan nyanyian dan tarian berdasarkan lagu-lagu Kpop.

“Dior melihat remaja sekarang meminati dan ingin menjadi hebat seperti idola mereka melalui persembahan nyanyi dan tarian. Mereka menggunakan medium seperti di Youtube atas dasar minat dan suka-suka. Melihatkan perkara itu, saya terpanggil untuk menganjurkan pertandingan Kpop Crazee Cover ini sebagai medium bagi para remaja khususnya peminat muzik Kpop untuk merialisasikan bakat mereka di pentas sebenar.” Kata Dior.

Masa sebanyak 2 minggu adalah terlalu singkat untuk menganjurkan sesuatu pertandingan namun Diovulus Entertainment dengan kerjasama Miroette Production membukti ianya tidak mustahil. Malah ia berlangsung dengan meriah dengan kerjasama dengan beberapa penglibatan penaja bagi kelangsungan pertandingan tersebut diantaranya ialah R4Youth Club, Sekretariat Hari Belia Negara 2012, Sony Music, dan Neway KTV.

Juri bagi pertandingan ini bukanlah calang-calang orangnya, mereka terdiri dari Cik Suanne Chong, seorang penari yang masih bekerja rapat dengan ramai penyanyi Korea seperti kumpulan Kara, T-Ara, Narsha serta terlibat dengan rancangan hiburan terkemuka Korea seperti Mnet Music Bank dan SBS Inkigayo. Selain itu, Dr. Aaron Chung yang merupakan salah seorang penerbit yang telah bekerja di syarikat MBC TV dari Korea selama lebih 13tahun. Juri yang ketiga ialah Dior, penyanyi Malaysia yang giat mengadakan beberapa persembahan Kpop di berapa buah Negara, khususnya di Malaysia dan Korea.

Sambutan bagi Pertandingan Kpop Crazee Cover ini amat menggalakkan terutama dikalangan remaja di Malaysia malah pertandingan yang dihoskan oleh pendatang baru ,pasangan Kanmanni dan Syakir itu berjalan dengan santai namun meriah. Tidak hanya bergantung sepenuhnya pada pertandingan semata-mata, pihak penganjur turut mengambil peluang untuk mendekati mereka yang meminati muzik Kpop melalui sesi bersama penonton dan persembahan khas Kpop BeatBox oleh Raja Shariman, juara Bakat Johara Era.

Juara bagi pertandingan Kpop Crazee Cover adalah milik kumpulan Ruffneckz yang digelar sebagai kumpulan ‘Big Bang Malaysia’ membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM 500 sumbangan R4Youth Club, CD & Poster sumbangan Sony Music Malaysia & Sijil penyertaan.

Membawa persembaan tarian lagu-lagu medley kumpulan Big Bang dengan tarian yang mantap dan mencuit hati membuatkan kumpulan Ruffneckz ini mampu memenagi hati para juri untuk menjadi juara. Pemenang tempat kedua Pertandingan Kpop Crazee Cover pula disandang oleh kumpulan Progression yang mengadakan persembahan tarian bagi lagu Warrior oleh Kumpulan B.A.P. Progression yang tampil membawa prop-props menarik serta persembahan yang mantap hanya mampu berpuas hati dengan tempat kedua dan membawa pulang RM300 sumbangan R4Youth Club, CD & Poster sumbangan Sony Music Malaysia & Sijil penyertaan.

Tempat ketiga Pertandingan Kpop Crazee Cover ini dimenangi oleh Teddy Lo yang menyanyikan lagu ‘This Song’ oleh 2AM menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 200 sumbangan R4Youth Club, CD & Poster sumbangan Sony Music Malaysia & Sijil penyertaan. Mempunyai suara yang merdu dan boleh menyebut perkataan-perkataan Korea dengan betul mungkin antara faktor kenapa beliau dipilih sebagai pemenang. Malah salah seorang juri iaitu Dr. Arun menawarkan diri untuk membawanya ke Korea untuk dijadikan penyanyi.

“Pertandingan Kpop Crazee Cover ini adalah sebagai permulaan dan insyaallah Dior dan pasukan Diovulus Entertainment akan menganjurkan lagi beberapa siri pertandingan berunsurkan Kpop dari semasa ke semasa.” Kata Dior.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

4 Album Kompilasi Lagu Sudirman Telah Dilancarkan

Castrol Tawar Hadiah Lumayan Untuk Acara UEFA EURO 2012