in

Pertandingan Hijabku Gayaku Sunsilk

Pertandingan Hijabku, Gayaku Sunsilk membawakan pengalaman yang mengubah hidup bagi sepuluh pereka fesyen dan sepuluh model untuk mencapai aspirasi mereka

Semua orang tahu bahawa keyakinan dan peluang merupakan dua elemen penting dalam menggalakkan orang untuk mencapai impian mereka. Dengan itu, Sunsilk berusaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk merealisasikan aspirasi mereka. Selari dengan visi ini, Sunsilk telah bekerjasama dengan Dr. Francesca Fusco untuk menghasilkan rangkaian Lively Clean and Fresh untuk memberikan kulit kepala yang bersih dan segar bagi para hijabi, lantas membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian dengan penuh keyakinan tanpa halangan.

[pullquote align=”right”]Pertandingan Hijabku, Gayaku Sunsilk, Merealisasikan Impian dengan Sunsilk[/pullquote]

Tahun ini, kolaborasi Sunsilk dengan Islamic Fashion Festival (IFF) menyediakan platform bagi pereka fesyen dan model hijab Malaysia untuk menempa nama dalam industri fesyen dan mencapai impian mereka. Kolaborasi dengan IFF ini telah menghasilkan pemilihan sepuluh pereka fesyen dan sepuluh model menerusi kempen Hijabku, Gayaku dari Sunsilk Lively Clean and Fresh. Para finalis ini akan diberikan peluang keemasan untuk menunjukkan rekaan dan kebolehan peragaan masing-masing di pentas antarabangsa di IFF dan akan diberikan tunjuk ajar oleh para pakar dalam arena fesyen tempatan, seperti Hatta Dolmat.

Dengan pelbagai latar belakang, bakat-bakat tempatan yang muda ini begitu teruja untuk diperkenalkan pada industri fesyen tempatan. Pengalaman para finalis ini akan didokumentasikan dalam Projek Hijabku, Gayaku, siri TV pendek yang terdiri daripada lima episod. Episod pertama akan mula ditayangkan pada 27 Oktober 2013 di Hip TV. Siri TV ini akan disertakan dengan lima siri webisod yang akan dipaparkan di saluran YouTube Sunsilk Malaysia.

Projek Hijabku, Gayaku akan mengikuti perjalanan para finalis ini dalam menempuhi pelbagai cabaran yang direka khas untuk mengajar mereka kemahiran-kemahiran berbeza. Kesemua cabaran tersebut akan didokumentasikan dan dijadikan rancangan bersiri bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan mereka yang akan membawa mereka ke tayangan fesyen besar-besaran di IFF pada bulan November 2013. Siri TV ini merupakan peluang bagi sepuluh pereka fesyen dan sepuluh model ini untuk berkongsi kisah mereka dengan para penonton, lantas memberikan orang ramai perspektif peribadi dalam pengalaman unik para finalis ini. Segmen ini akan memaparkan gaya hijab, selari dengan dedikasi Sunsilk untuk memberikan inspirasi kepada para hijabi untuk berani mencuba gaya hijab yang cantik serta menjalani hidup dengan penuh keyakinan.

“Malaysia mempunyai bakat yang tidak terhingga, namun kebanyakan daripadanya tidak dicungkil. Kolaborasi dengan IFF ini bertujuan untuk menyediakan peluang bagi pereka fesyen dan model muda untuk mempelajari kemahiran dengan bimbingan para pakar dalam industri fesyen. Lebih daripada itu, kempen ini diwujudkan untuk membantu bakat muda merealisasikan impian tanpa merasa bimbang tentang rambut mereka,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pembinaan Jenama (Rambut, Deo dan Perapian Lelaki), Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Selain daripada pendedahan yang diperolehi daripada tayangan di IFF, para pereka fesyen dan model hijab yang menyertai pertandingan ini sedang berusaha untuk memenangi hadiah utama yang terdiri daripada:
1. Pemenang (Pereka Fesyen)
• Latihan dengan Pereka Fesyen
• Wang tunai RM5,000
• Paparan fesyen dalam Hijabista
2. Pemenang (Model)
• Wang tunai RM5,000
• Paparan fesyen dalam Hijabista

Ikuti http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk maklumat lanjut.

Syampu dan Perapi Sunsilk Lively Clean and Fresh dijual pada harga RM12.90 (320ml).

Sunsilk C&F 4

Sunsilk C&F 2

Sunsilk C&F 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fathia Fitting Baju Alia Bastamam RafflesiaStyleUz

Snapshot Perkenal Single Kau Yang Satu