BUAT BAND YANG BERCITA-CITA, INILAH MASANYA
Peluang untuk muzik anda dipaparkan dalam album runut bunyi
Bola Kampung – THE MOVIE dan sesi rakaman studio bernilai sehingga RM9, 500!
Jika anda sentiasa bergerak dengan muzik anda yang tersendiri, berita gembira untuk anda apabila pihak Animasia Studio yang tampil dengan siri ‘Bola Kampung’ bakal membikin sebuah pertandingan band bertajuk ‘Battle of the Bands’!
Siri animasi Malaysia ‘Bola Kampung’ telah menemui kejayaan di peringkat global dengan disiarkan di negara-negara Asia Tenggara melalui Disney Channel Asia dan Cartoon Network Asia. Pihak Animasia Studio berminat untuk mengulangi kejayaan dengan muncul dengan produk ‘Bola Kampung – The Movie’ , sebuah filem 3D animasi stereoskopik yang disasarkan menemui penonton di pawagam pada awal tahun 2013. Inilah masanya untuk band anda akan mencapai kemasyhuran segera!
Pertandingan ini menyeru band dengan sekurang-kurangnya tiga ahli berusia antara 18 dan 25 tahun, untuk bersaing merebut hadiah hebat termasuk rakaman studio dengan artis istimewa, hadiah wang tunai dan baucar Roland!
Muat turun borang penyertaan dari www.facebook.com /bolakampung dan kongsikan video persembahan anda melalui link YouTube band anda. Kemudian, e-mel butiran band anda kepada [email protected] untuk berpeluang melayakkan diri ke pertandingan akhir “Battle Of The Band: Bola Kampung The Movie”.
Hanya 10 band akan disenaraipendek dan akan diumumkan di akaun Facebook ‘Bola Kampung’, untuk bersaing di peringkat akhir yang bakal dilaksanakan di Sunway Lagoon Theme Park (Main Entrance) pada 6 Oktober nanti. 10 band terpilih akan diminta untuk mempersembahkan versi remix lagu tema ‘Bola Kampung’ sebagai syarat dengan dua buah lagu lain, pilihan band anda. Band yang menang akan diberi peluang keemasan untuk terlibat dalam rakaman album runut filem “Bola Kampung: The Movie”.
Band anda juga berpeluang untuk mempelajari tips berharga dan nasihat dari artis tempatan popular dan berpengetahuan dalam senario muzik semasa iaitu Rahul (One Buck Shot) dan gitaris Hujan, AG Coco, yang juga berperanan mereka sebagai juri pertandingan. Rahul merupakan tulang belakang dalam menguruskan siri konsert berjaya ‘Rockaway’ dan AG Coco telah menjelajah ke United Kingdom dan sekitar Asia Tenggara dengan band rock alternatifnya, Hujan yang telah mengeluarkan tiga buah studio album dan memenangi pelbagai anugerah ‘Rock Album Terbaik’ dan ‘Lagu Rock Terbaik’ di Anugerah Industri Muzik.
Mereka akan menilai semua penyertaan berdasarkan estetika, keaslian, kreativiti dan sejauh mana tema ‘Bola Kampung’ ‘difahami oleh setiap band. Para juri juga akan mencari penyertaan yang kreatif dalam member inspirasi kepada filem tersebut serta cara interaksi bersama peminat melalui lagu yang dibikin.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/bolakampung.