in

Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Kebangsaan

18 Finalis Berentap Pada Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Kebangsaan Ahad Ini. Kehangatan Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Kebangsaan 2014 semakin terasa bagi 18 finalis yang akan berentap merebut gelaran juara pada Ahad ini (12 Oktober), jam 9.00 malam di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Menurut penerbit Mohd Yusni Mohd Ali, “Peminat yang tidak dapat hadir ke stadium tidak perlu kecewa kerana pertandingan akhir ini akan ditayangkan secara langsung di TV2 pada jam 9 malam manakala acara karpet merah pula dapat disaksikan di saluran interaktif TVi dari jam 7.30 hingga 8 malam. Pertandingan ini juga akan disiarkan di SARAWAKfm dan radio online di rtmsarawak.gov.my.”

Bakal dihoskan oleh Datuk Rosyam Noor dan Fauziah Ghous, pertandingan ini menampilkan peserta bersama pasangan masing-masing di wakili oleh empat (4) pasangan peserta dari Semenanjung, satu (1) pasangan dari Sarawak, satu (1) pasangan dari Sabah, satu (1) pasangan peserta Brunei, satu (1) pasangan peserta Indonesia dan satu (1) pasangan peserta Singapura.

Setiap peserta perlu melalui dua peringkat berasingan iaitu solo dan duet bersama pasangan masing-masing. Berbeza berbanding tahun sebelumnya, di mana mereka hanya mempersembahkan lagu duet sebaik selepas lagu solo.

Walaupun peringkat kebangsaan, penganjur pada kali ini turut mempelawa negara jiran seperti Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura untuk menyertainya. Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia mula menyertai pada 2008 manakala Singapura bermula pada 2010.

Pertandingan peringkat akhir ini bakal diiringi oleh D Aspirasi RTM Kuching diketuai Eugene Clifford Suboh.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 (RM13,000 untuk lelaki/RM7,000 untuk wanita), kamera Canon DSLR dan telefon pintar kepada kedua-duanya. Sementara itu, Naib Juara bakal membawa pulang RM15,000 (RM10,000/RM5,000) dan tempat ketiga menerima RM10,000 (RM6,000/RM4,000).

Peserta tidak berjaya tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang hadiah sagu hati berupa wang tunai RM3,000 manakala RM4,000 kepada pasangan yang memenangi persembahan terbaik. Semua pemenang juga akan membawa pulang piala dan sijil penyertaan.

Bukan itu sahaja, hadiah menarik menanti peserta yang menyaksikan pertandingan di stadium selain persembahan oleh artis istimewa seperti Ning Baizura, Misha Omar, Nasir Wahab, Azahel dan pemain biola, Nisa Addina.

Azfardon Zulkamal Azmi dan Syamsyuhaida Sabri wakil Semenanjung

empat (4) pasangan peserta dari Semenanjung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bella Berlari Bersama MAKNA

Janji Al-Manna – Petikan ZASS Sinar Harian