in

Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2010

SEMBILAN PESERTA REBUT GELARAN JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL KEBANGSAAN 2010

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1986, Pertandingan Bintang Kecil yang menjadi platform dikalangan kanak-kanak untuk mengasah bakat dalam bidang seni suara sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Buktinya pertandingan yang mula diadakan diperingkat kebangsaan pada tahun 1998 dan tahun ini adalah tahun ke-13 pertandingan ini diadakan di peringkat tersebut menyaksikan persaingan hebat bakat suara sembilan orang peserta bertanding merebut peluang bergelar juara Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2010 pada 30 Oktober 2010 (Sabtu), jam 3.30 petang yang diadakan bertempat Auditorium P. Ramlee RTM Kuching dan dipancar secara langsung menerusi TV1.

Namun sesuatu yang harus dibanggakan apabila pertandingan menggilap bakat-bakat nyanyian kanak-kanak berbilang kaum di seluruh negara ini turut menarik penyertaan dari Negara Brunei Darussalam dan tahun ini merupakan tahun ke 5 penyertaan mereka. Apatahlagi jalinan kerjasama yang sedia ada ini diharap akan dapat diperkukuhkan lagi khususnya dalam bidang penyiaran disamping meningkatkan martabat pertandingan ini di Nusantara.

Pertandingan yang terbuka kepada kanak-kanak warga Negara Malaysia berusaia 7 hingga 11 tahun ini mampu untuk memupuk sikap keyakinan diri kanak-kanak, semangat perpaduan berbilang kaum sejak dari peringkat kanak-kanak, mengekalkan budaya kebangsaan melalui nyanyian dalam Bahasa Kebangsaan selain melahirkan semangat integrasi nasional dan nusantara diperingkat kanak-kanak melalui pertandingan nyanyian.

Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2010 menyenaraikan sembilan orang finalis kesemuanya bertanding merebut gelaran juara. Zon Sarawak diwakili oleh dua peserta, Sharifah Nurhafifa Wan Aziz dan Fatin Nurfatihah Drahman manakala Zon Sabah pula adalah Nuhaa Aneesa Nazri Wong dan Presley Petrus. Zon Timur (Terengganu) disertai oleh Nur Adlina Batrisyia Zuraimi, Zon Tengah (Negeri Sembilan) pula Norazleen Mohamad Puzi, Zon Selatan (Melaka) adalah Nabihah Idrus dan Zon Utara (Perak) diwakili Nurshahira Razali. Satu-satunya peserta dari Brunei Darussalam yang berkongsi pentas akhir dengan peserta lain iaitu Nur Atikah Nabilah Thanie Mohd Farid Shafiq.

Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan peserta perempuan iaitu Sharifah Nurhafifa Wan Aziz (Awan Yang Terpilu), Fatin Nurfatihah Drahman (Gemilang), Nuhaa Aneesa Nazri Wong (Terlalu Istimewa), Nur Adlina Batrisyia Zuraimi (Merawat Luka Yang Terpendam), Norazleen Mohamad Puzi (Seindah Biasa), Nabihah Idrus (Erti Hidup), Nurshahira Razali (Zapin Yang Tinggal) dan Nur Atikah Nabilah Thanie Mohd Farid Shafiq (Persis Mutiara). Sementara itu satu-satunya peserta lelaki, Presley Petrus mempertandingkan lagu Hanya di Mercu.

Persembahan sembilan peserta berbakat ini bakal dinilai oleh hakim yang masing-masing terdiri daripada seorang dari Angkasapuri, Sabah, P.Pinang, Johor dan Sarawak.

Menampilkan konsep drama dan lagu pada persembahan pemukaan dan lagu, peserta bebas menampilkan rentak persembahan mengikut gaya kreativiti masing-masing. Malah markah akan diberi untuk persembahan terbaik.

Penganjuran pertandingan ini dapat menyemarakkan lagi semangat setiap individu dan menjadi pentas pertama kepada pencinta seni dalam kalangan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dalam industri hiburan disamping memupuk sikap keyakinan diri agar terus cemerlang di masa akan datang.

Secara tidak langsung, pertandingan ini mampu menjadi saluran bagi pembangunan modal insan dalam melahirkan pelapis yang berketerampilan, mempunyai keperibadian tinggi, penampilan yang positif dan kreatif khususnya bagi pembangunan industri hiburan tanah air.

Terdahulu peserta melepasi peringkat zon yang telah di adakan termasuklah Zon Sabah (7 Ogos 2010), Zon Utara – P.Pinang/Kedah/Perlis/Perak (25 Julai 2010), Zon Sarawak (12 Jun 2010), Zon Selatan – Johor/Melaka (7 Ogos 2010), Zon Tengah – N. Sembilan/Selangor/KL (10 Julai 2010) dan Zon Timur- Pahang/Terengganu/Kelantan (24 Julai 2010) lalu.

Pemenang peringkat akhir bakal membawa pulang hadiah dimana Johan menerima RM 4,000.00, Naib Johan (RM 3,000.00) dan Tempat Ketiga (RM 2,000.00) yang masing-masing beserta piala dan sijil penyertaan. Manakala Hadiah Sagu hati RM 1,000.00 turut diberikan kepada setiap seorang. Malah Persembahan Terbaik dijanjikan RM 750.00 beserta piala dan sijil penyertaan.

FATIN NURFATIHAH BINTI DRAHMAN

NUHAA ANEESA NAZRI WONG

NORAZLEEN BINTI MOHAMAD PUZI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Umum Perancangan TV Menarik Untuk 2011

Sinopsis Filem Cuti Cuti Cinta