SIARAN LANGSUNG PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008 PADA 29 NOVEMBER 2008 (SABTU) DI RTM1
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 pada 29 November 2008 (Sabtu) di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, jam 08.30 malam dipancarkan secara langsung di RTM1.
Mengetengahkan gandingan perantara Ivan Toh dan pelakon Lisa Surihani, Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 ini diterbitkan oleh Azman Hashim dari Unit Hiburan TV, RTM.
Seramai 11 orang peserta dari seluruh Malaysia dan pelbagai bangsa bakal menyertai pertandingan ini. Peserta yang terpilih ke peringkat akhir adalah Norfazlina binti Awang (Negeri Sembilan), Azzerulnizar Azizan (Pulau Pinang), Rhodia Tok Dai Ling dan Farhana Mohamad Arshad (Sarawak), Tan Yen Ming (Melaka), Melisa binti Roslan dan Nurain Asyikin Ibrahim (Sabah), Visvanathan Singh s/o Ranjit Singh (Perlis), Teng Sze Yee (Terengganu), Tan Gin Khiam (Kelantan) dan Mohd Akhiri Muda (Pahang).
Pada pertandingan akhir ini, peserta membawakan lagu-lagu antaranya Panglipurlara, Zapin Hanuman, Ratib Orang Lautan, Joget Si Kadok Junjung, Kias Fansuri, Lepa-Lepa Pisang, Maharaja, Canggai, Nazam Asmara, Manira dan Cindai.
Menariknya, persembahan Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 turut diserikan kehadiran artis-artis undangan iaitu Zamani, Nora, Siti Nordiana dan Han (Bintang RTM).
Kepada anda yang mahu berkongsi dan mengetahui siapakah antara 11 remaja Malaysia yang berbakat memartabatkan keunikan lagu Irama Malaysia ini, jangan ketinggalan menyaksikan Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 pada 29 November 2008 (Sabtu) di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, jam 08.30 malam dipancarkan secara langsung di RTM1.
Norfazlina Awang
vivanathan singh
tan gin khiam