Dikenali melalui persembahan hangat di atas pentas, Stacy bakal menyertai senarai artis/kumpulan tempatan yang diberi peluang membuat konsert solo di DFP selepas Yuna, Najwa, Aizat, Hafiz, Faizal Tahir, Hujan, Ruffedge, Noryn Aziz dan Dayang Nurfaizah, yang telah menyerlahkan bakat seni yang hebat di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi.
Ini juga merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat seni tempatan dan memberikan mereka platform untuk mempamerkan bakat mereka, sejajar dengan matlamat DFP untuk mempersembahkan muzik pelbagai genre untuk menarik semua lapisan masyarakat.
Lahir di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1990, pemilik nama sebenar Ummu Shaikhah Stacy binti Anam ini telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008.
Selepas itu, Stacy tidak lagi menoleh ke belakang dan terus melakar nama di persada seni suara tanahair menerusi beberapa buah album dan menggondol beberapa anugerah berprestij tanahair. Setakat ini, beliau telah melahirkan album Best of Stacy dan Impian Syawal (2008), runut bunyi filem Sayang You Can Dance dan Aku Stacy (2009), Stay-C (2011) dan Stacy #1 (2014).
Beliau pernah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu (AJL) melalui lagu-lagu Not For Sale (2016), Gilalah (2015), Bosan (2014), Pelangi Senja (2013), Jahat (2011), Pakai Buang (2010) dan Aku Stacy (2009).
Untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Stacy pernah memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular (2014) dan Penyanyi Baru Wanita Popular (2008).
Sementara itu, untuk Anugerah Industri Muzik, beliau pernah memenangi kategori Muzik Video Terbaik untuk Not For Sale (2016) dan Kulit Album Terbaik (2014).
Untuk menghargai sumbangan seni beliau, Stacy telah dianugerahkan Sabah Youth Icon Award dan JCI The Outstanding Young Persons of Sabah – Cultural & Artistic Achievement.
Mengukuhkan kedudukan beliau dalam industri seni tanahair, Stacy muncul sebagai komposer untuk lagu Cinta yang menjadi naib juara di AJL 2022. Beliau juga menjadi juri dan menyertai program Mentor Milenia pada tahun 2019.
Untuk konsert istimewa di DFP ini, Stacy dijangka membawa peminat-peminat menyusuri perjalanan seni beliau yang menjangkau 15 tahun menerusi lagu-lagu hit pelbagai genre seperti pop, rock, dance dan balada. Konsert malam itu bakal menampilkan suami Stacy, Akim Ahmad, yang akan mendendangkan beberapa lagu duet. Akim & The Majistret pernah membuat persembahan di DFP pada tahun 2017.
Tiket-tiket berharga RM169, RM219, RM269, RM319 dan RM369 (Meet & Greet) boleh didapati di kaunter Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my.
Nota: DFP boleh memuatkan seramai 920orang pada satu masa. DFP seterusnya bakal mempersembahkan konsert Dato’ Ramli Sarip (13 Mei 2023), kumpulan Exists (3 Jun 2023), kugiran Masdo (22 Julai 2023), Khai Bahar (11 November 2023) dan Meet Uncle Hussain (2 Disember 2023).
Maklumat Konsert
Tarikh
Sabtu, 25 Februari 2023 jam 8.30 malam
Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS
Harga Tiket
RM169, RM219, RM269, RM319 dan RM369 (Meet & Greet)
Waktu Operasi Box Office
Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)
Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)
Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: [email protected]
Laman Web DFP: www.dfp.com.my
Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas
YouTube: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic
Nota: Untuk pertanyaan berkaitan media, sila hubungi Harry Abdul Jalil
di 03-23317672 atau [email protected]