Zizan berkata, untuk ‘kerjaya sulungnya’ itu, dia banyak menggunakan pengalaman yang diperoleh ketika bekerja di bawah pengarah-pengarah hebat sebelum ini.
“Pastinya perasaan gementar itu memang ada, terutama sekali ini kali pertama saya mengarahkan pelakon lain untuk buat itu dan ini. Kalau sebelum ini, saya yang selalu menerima arahan, tetapi kali ini ia berbeza.
“Apapung banyak lagi yang saya kena pelajari untuk bergelar seorang pengarah. InsyaAllah, dengan usaha yang lebih sudah tentu saya dapat menjadi seorang pengarah yang baik,†ujarnya.
Dalam telefilem berkenaan, Zizan bergandingan dengan pelawak Issey Fazlisham sebagai pengarah bersama dan ia yang bakal ditayangkan pada Syawal kedua, pukul 10.00 pagi di saluran Astro Ria.
Selain mengarahkan telefilem tersebut, kedua-duanya turut berlakon selaku watak utama serta dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Shikin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida dan Jihaa Sham.
Telefilem Heistdilfitri mengisahkan Ibrahim lakonan Zizan, Anis (Shiqin) dan Mus (Issey) merupakan perompak profesional yang mendapat idea untuk mencari sebuah keluarga dan beraya bersama mereka.
Cadangan tersebut dipersetujui dan bermulalah misi mereka untuk beraya bersama keluarga hartawan. Sepanjang menjadi sebuah keluarga, mereka mula mengenali hati budi masing-masing. Keluarga tersebut mula sedar bahawa Mus, Ibrahim dan Anis telah mengajar mereka erti Aidilfitri yang sebenar.
Sementara itu, Zizan meluahkan rasa syukur kerana semua yang terlibat telah memberi kerjasama dengan baik dan sentiasa berkongsi pendapat sepanjang penggambaran.
“Saya bersyukur kerana semua barisan pelakon sangat profesional dan banyak membantu. Sebagai seorang pengarah yang baru berjinak-jinak, saya banyak berbincang dengan Issey dan tanya pendapat pelakon-pelakon lain juga.
“Boleh dikatakan kali ini saya rasa sendiri tanggungjawab yang besar sebagai pengarah, pelakon dan penerbit drama, selalunya kita fikir berlakon saja. Banyak benda yang kita perlu pertimbangkan bila nak menjayakan sesuatu projek ini,†ujarnya.