Tahun 2011 dah nak sampai ke penghujung. Ya, Disember datang bersama dengan senyuman meleret bagi anda yang kerja makan gaji. Maklumlah, bulan Disember kan bulan durian runtuh. Bulan bonus! Dalam kepala masing-masing dah plan ke mana duit bonus akan dilaburkan, ye tak?
Secara personal, Budiey plan nak cari kereta baru untuk dijadikan ‘second car’. Sekarang, tengah target sebuah kereta Persona Elegance keluaran terbaru dari Proton Edar. Apa pendapat korang dengan kereta ni? Budiey dah baca banyak sekali rebiu dan ulasan pasal kereta Persona Elegance ni di internet dan rasa excited nak drive!
Proton telah memberi nafas baru pada model terlarisnya, Proton Persona iaitu dengan terlancarnya keluaran Proton Persona Elegance 1.6 IAFM yang tampil dengan rekabentuk yang diubahsuai kepada yang lebih segar dari segi penampilan luarannya dan juga kualiti yang ditambah-nilai lagi sesuai dengan gelarannya, “Elegance”.
Budiey bukannya pakar atau tahu sangat pun tentang kereta ni tapi Budiey tetap kagum dengan ciri-ciri kontemporari moden pada kereta Proton Elegance ni. Sekali tengok dalam gambar, dah rasa ia memang mempersonakan. Sesuai dengan namanya pun, Persona!
Apa yang penting sekarang, Budiey nak cari sebuah kereta yang selesa dengan rekaan yang elegan dan mewah! Pastinya, Persona Elegance memenuhi citarasa. Baru-baru ini, Budiey dah cuba ‘test drive’ kereta ni. Budiey cukup impress dan tertarik dengan rekaan dalaman dan dashboard yang kemas dengan gabungan 2 tona warna yang buat kita sejuk mata memandang. Sangat ‘soothing’ dan nampak rileks.
Bagi Budiey, ciri-ciri utama masa beli kereta idaman kenalah specs yang mantap, ada gaya, design yang cun habis, stylish dan elegant, semua ni dapat mencerminkan jiwa muda kita. Sesuai untuk musim cuti sekolah & perayaan yang mana mudah untuk ke sana-sini, pergi bercuti atau shopping. Persona Elegance ni juga sangat padan dengan karakter orang muda yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kehidupan yang sempurna dan sukses. Apa yang lebih penting dari itu, bagi yang dewasa pula, pasti mahu mencari kereta yang menjimatkan duit petrol.
Budiey memilih Persona Elegance sebab kereta ni paling sesuai dengan gaya hidup Budiey yang sentiasa sibuk setiap hari menghadiri events dan majlis. Pemilihan kereta seperti ini sangat sesuai dengan kehendak atau keperluan seorang penulis blog.
Orang kata, imej tu penting dan imej kereta Persona dah serasi dengan gaya hidup yang selalu bergegas ke sana ke mari mencari bahan atau pergi meeting. Menjadi penulis blog sepenuh masa, sememangnya kesuntukan masa dan selalu mengejar masa menjadi cabaran utama. Kerja sangat banyak dan kita hanya ada masa yang sedikit untuk menyudahkan kerja kita. Jadi, kereta yang dilengkapi dengan gaya pemanduan Lotus ini memang sesuai sangat.
Bukan apa, lagi satu, tengok pada ruang bonet atau kabin compartments yang sangat luas dan mengisi banyak barang seperti luggage dan peralatan kamera seperti tripod, notebook dan sebagainya. Ruang compartment dalam kereta ni juga memang sangat selesa sebab kita dapat masukkan barang-barang dengan secukupnya.
Buatannya juga nampak kemas dan tersusun. Memang rekaan ni begitu memahami selera dan serasi dengan jiwa serta kehendak pengguna. Selain itu, Budiey rasa begitu yakin dengan kereta ni yang mana semasa berada dalam kereta ni dan semasa memandu, kita rasa tenang dan rileks je. Pemanduan pun memang lancar dan rasa smooth. Itu tak termasuk dengan sistem audio nya juga memang gempak.
Budiey diperkenalkan dengan tiga jenis iaitu Base-Line, Medium-Line dan High-Line. Kita diberi pilihan samada mahu yang auto atau manual. Dah tentu Budiey akan pilih auto. 🙂
Kalau nak hurai specs Persona Elegance secara details ni memang makan masa yang lama, jadi apa kata, korang lawat pusat pameran Proton berdekatan.
Untuk audio systemnya pula ada speaker yang berintegrasi dengan dashboard. Cukup lengkap dengan sistem audio seperti Tuner, CD, WMA, pemain MP3, AUX dan USB port di mana sistem audio boleh dikawal di stering kereta mengikut keselesaan pengguna.
PENGALAMAN SEMASA MEMANDU
Cuma Budiey hanya nak ceritakan sedikit pengalaman Budiey semasa test drive kereta ni. Selain suka dengan rekaan dalaman yang solid, Budiey tertarik dengan ciri-ciri keselamatan yang menggunakan ABS dengan EBD yang menolong untuk menjadikan kereta kita lebih stabil di jalan yang licin dan ini dapat mengelak berlakunya kemalangan. Ciri ini juga akan menjadikan kereta lebih stabil antara tayar kiri dan tayar kanan.
Menatap dengan mata kasar, Persona Elegance mempunyai body kit yang lebih stylish, sesuai dengan jiwa remaja mahu pun yang lebih mementingkan gaya eksekutif. Serius, body kit dia memang lawa. Boleh tahan jugaklah, beb!
Berbanding dengan model lain, Budiey rasa struktur bentuk Persona Elegance lebih fleksibel berbanding model lain. Trendy & elegan sudah tentu perkataan yang lebih sesuai untuk menceritakan segalanya. Sebab Budiey rasa reka bentuk ianya melambangkan jiwa muda yang sukakan kebebasan dan keseronokan!
Bagi yang belum tahu minor facelift kali ini melibatkan beberapa pembaharuan dari segi rupa luaran dan juga dalaman kereta. Fascia grill depan diperbaharui termasuk bumper hadapan dari model Gen.2 CPS sebelum ini. Lampu belakang juga diganti dengan design yang menggunakan LED. Design rim aloi juga baru untuk model ini.
Budiey pun tak pasti sama ada 32-bit ECU yang digunakan dalam model baru ini mempengaruhi pecutan enjin. Tapi dari sumber-sumber, ada dinyatakan sedikit adjustment dilakukan dan acceleration pada low rpm lebih baik. Terbukti jelas semasa memandu di mana respon lebih pantas berbanding model sebelum ini.
Dari segi handling pulak, Budiey tak nafikan, peranan LOTUS dalam development kereta PROTON memang ketara sekali. Ramai yang berpuas hati dengan handling kenderaan PROTON sejak model Waja lagi. Yang penting, Budiey rasa kereta ni cukup stabil ketika mengambil selekoh.
Mungkin ada yang bertanya pada Budiey, apa bezanya dengan model-model sebelum ini? Ya, Budiey kira paling ketara ialah keadaan ketika berada di dalam kereta. NVH (Noise, Vibration, Harshness) level sangat berbeza berbanding sebelumnya. Budiey rasa ia lebih senyap dari Persona malah Exora sekali! Engine noise tidak ketara di dalam cabin. Dan ketika aku meluncur 120km/h bunyi angin belum kedengaran. Tak caya, korang boleh cuba drive.
Ketika di jalan raya, saya rasa excited gak sebab memang ketara sekali dapat rasa enjinnya sangat pick up! Boleh tahan gak lah dan kita pun rasa selesa.
Kesimpulannya, Budiey syorkan pergi pandu uji dahulu sebelum buat konklusi.
Oh ya, sebelum terlupa. Persona Elegance juga dilengkapi dengan Dual SRS airbags yang dapat melindungi pemandu dan penumpang lain daripada cedera parah semasa berlaku pelanggaran. Orang kata, pilih kereta apa pun, ciri keselamatan perlu diutamakan. Yang penting, pandu cerma jiwa selamat.
Tengoklah sendiri, tempat duduknya sangat luas dan selesa. Suka dengan kemasan yang diperbuat daripada leather ini. Memang nampak ada class!
Ketika sesi pandu uji, Budiey dapat rasakan memang kereta Persona Elegance ini antara yang terbaik untuk dimiliki oleh semua peringkat usia. Tak hairanlah, dengan gaya elegan, mewah dan lebih moden ini dapat menarik ramai golongan muda untuk memiliki.
Paling buat saya impress ialah ciri terbaru yang didatangkan dengan full body kit dengan lampu signal LED yang sangat terang, design alloy rim Persona Elegance ni juga memang sporty dan lawa. Memang ada style!
Akhir sekali, Budiey rasa pilihan warna yang ditawarkan juga menarik. Proton Elegance didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Chiffon Green, Bronze Garmet, Tranquility Black, Genetic Silver dan Brilliant Red. Budiey rasa nak pilih warna Chiffon Green. Warna apa pula pilihan korang?
PROMOSI INCREDIBLE DEALS ON WHEELS
Semasa pandu uji, Budiey diperkenalkan juga dengan tawaran istimewa iaitu PROMOSI INCREDIBLE DEALS ON WHEELS di mana sempena dengan musim cuti ini, kereta Proton akan dapat menikmati penjimatan hebat sehingga RM5,000. Tawaran sah apabila anda membuat tempahan sebarang kereta Proton dari 15 November hingga 31 Disember 2011. Kalau korang rasa mahu beli kereta Proton, haaa… kenalah bertindak cepat. Jangan lepaskan promosi Incredible Deals on Wheels ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat pameran PROTON atau layari proton-edar.com.my. Ianya tertakluk kepada terma.
Untuk info lanjut, jom layari www.proton-edar.com.my