in , ,

Persoal Usia Kandungan, Ini Respon ‘Pedas’ Ayda Jebat Buat Netizen Yang Syak Wasangka

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ayda Jebat mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suami, Nabil Mahir.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila ada netizen seolah-olah mempersoalkan tentang usia kandungan Ayda Jebat.

Netizen Persoal Usia Kandungan Ayda Jebat

Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai satu tweet yang ditulis oleh seorang individu ini yang seakan mempersoalkan usia kehamilan Ayda Jebat dengan mendakwa penyanyi ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Januari lalu. Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sehingga tuan badan sendiri iaitu Ayda Jebat tampil memberi respon.

Aku rasa mcm ayda jebat baru je kahwin tapi ttbe ngandung dah ke senanya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?

Meskipun begitu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini dilihat langsung tidak melatah dan hanya memberikan respon ringkas sahaja dengan meminta individu terbabit membuat kiraan sendiri tentang tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini. Menurut Ayda, dia dan suami telah bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu dan hari ini (12 Jun 2021) usia kandungannya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu.

Respon Ayda Jebat

Ayda

‘Cermin dan lalui kehidupan sendiri’

Ayda

Tidak terhenti di situ, Ayda sempat memuat naik satu lagi perkongsian dengan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa bersyukur, cermin diri sendiri selain perlu menjalani kehidupan masing-masing.

‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gu.gur

Terdahulu Di Instagram, suami kepada pelakon Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir meluahkan rasa kurang senang dengan layanan dari laporan sebuah portal hiburan yang didakwa mengeluarkan berita kehamilan isterinya tanpa pengetahuan mereka. Nabil turut memaklumkan Ayda mengalami pendarahan dan hampir keguguran dipercayai akibat terkejut dengan penyebaran berita itu, selain sibuk dengan jadual kerjanya.

Difahamkan, Nabil bagaimanapun kecewa dengan layanan diterimanya dari pihak media tersebut untuk berbincang mengenai posting berita kehamilan Ayda yang telah diterbitkan sebelum ini.

Ayda blee.ding

Berita mengenai Ayda Jebat dimasukkan ke wad itu telah dikongsi sendiri oleh Nabil menerusi laman Instagram. Difahamkan, sepanjang Ayda ditahan di hospital, dia telah menerima lima suntikan. Malah, Nabil sendiri tidak sampai hati untuk melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya itu.

Assalamualaikum semua. Ramai family, peminat dan media yang Whatsapp dan DM Nabil tanya tentang kandungan Ayda yang hampir gugur. This is the story, Ayda bleeding selepas portal yang tak bertanggungjawab keluarkan news tentang kehamilan Ayda. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand. Belum sempat Ayda dan Xeno Entertainment susun jadual (kerja diselang-seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang hamil di peringkat awal), berita dah tersebar dengan mengejut, jadual bertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back.

Korang faham tak perasaan bila tengok isteri yang kita sayang menangis disebabkan orang lain? Kena warded, amik 5 injection. Saya sendiri tak sampai hati tengok.

Ayda

‘Tanpa pengetahuan dan kebenaran kami’

Nabil bagaimanapun kurang berpuas hati dengan laporan media yang dikeluarkan oleh pihak media berkenaan mengenai berita kehamilan isterinya tanpa pengetahuan mereka. Menerusi posting berkenaan, Nabil turut sertakan tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp bersama pihak media tersebut.

Di sini saya reveal sekali conversation saya dengan orang yang bertanggungjawab menyebarkan berita tersebut, dan cara dia layan kami selepas dia viralkan berita yang tak sepatutnya keluar tanpa pengetahun dan kebenaran kami. Jangan kata nak mintak maaf, nak call, nak delete pun tak nak, minta dihormat? Lagi keluarkan artikel baru-baru ni nak selit juga isu kata mereka tak fitnah.

Semoga di bulan Ramadan ni, Allah ampunkan dosa abang ya. Abang dah tua? Lebih lama dalam industri? Lebih berkuasa mengikut apa yang abang tulis dekat Facebook la (sampai artis takut nak jumpa). Saya dan isteri saya maafkan abang, tapi jangan tulis artikel apa-apa pun yang berkaitan Ayda dan saya. Sekian terima kasih. Semoga bertemu lailatur qadar.

Stay strong my love. I love you and our baby. Insyaallah semua doakan yang terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tempoh Dua Minggu Lockdown Akan Datang Kritikal, Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

HBO’S I’ll Be Gone In The Dark Returns With A Special Episode June 22 Exclusively On HBO