in , ,

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani

Sebut sahaja nama Sharifah Amani, pasti semua orang sudah mengenali dengan pelakon kecil molek yang sangat berbakat dalam bidang lakonan ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, Sharifah Amani juga merupakan salah seorang artis yang sangat lantang bersuara dalam memberi pandangan di media sosial terutamanya di Twitter.

Kelantangan Sharifah Amani bersuara di laman Twitter mengundang perhatian netizen apabila beliau difahamkan meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh. Menerusi perkongsiannya, Sharifah Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani dikatakan mempersoal mengapa pihak polis membawa Patrick keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani

Tambah Nani, pada usia warga emas sepertinya, Patrick yang kini mencecah 73 tahun tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.

“Patrick is 73 years old. Why are you treating an elderly man like a criminal?

“Taking him away from the safety of him home during a pandemic? #BebasPatrickTeoh,” tulisnya.

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang majoritinya kurang bersetuju dengan pelakon filem Sepet ini.

Lebih perit, tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut ‘sekolahkan’ Nani dengan memberitahu dia tidak sepatutnya masuk campur dalam bidang tugas polis dan kes ini juga berada di bawah proses perundangan.

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani
Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani
Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani
Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen Sekolahkan Sharifah Amani

Terdahulu, Patrick direman atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Walaubagaimanapun, menurut Harian Metro, Patrick dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman lima hari berakhir semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2020

Kolaborasi Bate & Simon Webbe dari Kumpulan Blue Cetus Fenomena