Percintaan Ayu dan Adit belum sampai setahun sejak bertemu pada 3 September tahun lalu. Majlis perkahwinan mereka dirancang diadakan secara besar-besaran di Depok, Jawa Barat dan juga di Kemang, Jakarta Selatan.
“Ini memang keputusan saya. Saya yang memutuskan untuk tidak meneruskannya,” katanya dalam satu temubual bersama media Indonesia, baru-baru ini.
“Saya hanya boleh merancang tapi soal jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya Allah yang menentukan,” katanya.
Ayu yang juga ibu tunggal kepada seorang anak kelihatan tenang menangani konflik yang berlaku ini. Ayu yang kemudiannya ditemui media di kediamannya di Jawa Barat kelihatan tenang. Dia juga enggan membuka mulut apabila ditanya punca pembatalan perkahwinannya
Dalam pada itu adiknya, Syifa pula menuliskan pesanan buat Ayu. Dia menyebut bahawa mungkin perkahwinan ini batal kerana tugas Ayu sebagai seorang kakak belum selesai. Syifa melihat semuanya dari sisi positif.
Menurutnya, Ayu masih mempunyai tugas buat menjaga dirinya sebelum benar-benar menjadi milik orang lain.
Sementara tu, keputusan Ayu itu ternyata mengejutkan banyak pihak kerana persiapan untuk majlis pernikahan mereka dikatakan sudah 90 peratus selesai.
Namun, Ayu dan Adit terus mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai punca sebenar pembatalan pernikahan itu.
Dalam satu laporan, Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina dikatakan menghubungi pihak perunding perkahwinan memaklumkan pembatalan majlis itu. Wakil perunding perkahwinan, Lukman berkata, Ayu dan keluarganya berada dalam kesedihan.
“Kami sebagai orang yang rapat dengan mereka juga sedih. Kami juga menyarankan untuk menunda acara daripada dibatalkan. Namun, Ayu tetap dengan pendiriannya untuk membatalkan perkahwinan itu dan kami akur serta menghargai keputusannya itu,” katanya.
Lukman berkata, Ayu juga memberitahu penyebab pembatalan pernikahan pada mereka, tetapi ia perlu dirahsiakan.
“Dia bercerita dan kami perlu simpan sendiri. Kalau lihat dari personaliti Ayu dan Adit mereka serasi dan saling menyayangi. Mungkin ini yang terbaik buat Ayu dan keluarga,” katanya.
*Sumber: BH Online