Video berdurasi 18 saat ini dilihat beliau seolah-olah mempersenda kekurangan pada seorang lelaki OKU yang kudung tangan ketika muncul dalam sebuah temu ramah program televisyen.
Menerusi video yang dimuat naik, para netizen yang nampaknya tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan kurang sensitif yang dibuat penyanyi ini. Berikut antara komen netizen mengenai video yang dimuat naik.
Setakat artikel ditulis, difahamkan Baby Shima telah membuang video yang mengundang sensitiviti orang ramai ini di laman TikTok beliau. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang kenyataan yang dibuat penyanyi ini mengenai tindakan yang dibuat.