in ,

Persembahan SEGALA PERASAAN Dato’ Siti Nurhaliza di ABPBH30 Mendapat Kritikan

“Alamak! Kenapa Dato’ Siti nyanyi macam tu?”

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut saya ketika mendengar persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menyanyikan lagu SEGALA PERASAAN buat pertama kali secara langsung di Anugerah Bintang Popular 3.0 semalam. Yea, ternyata lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan.

Kalau kita dengar, lagu ni nampak mudah untuk dinyanyikan. Ada bahagian lagu ini notanya terlalu tinggi dan menggunakan kemahiran vokal yang bukan sikit. Apatah lagi apabila penyanyi lagu ini sendiri mengaku melakukan kesilapan ketika mendendangkan single ini semalam.

https://youtu.be/ZYgyAmuuPjQ

Kebiasaannya, jarang sekali persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menerima komen negatif. Selesai sahaja acara semalam, Budiey ada baca banyak sekali komen. Ada yang positif dan tak kurang ada banyak juga la yang negatifnya. Biasalah, kadang-kadang kita kena akui tak semua persemhahan nak sempurna dan perfect je. Kita hanya manusia biasa. Betul tak?

Apa-apa pun, Budiey respek dengan respon dari Dato’ Siti Nurhaliza yang begitu positif dan sikit pun tak melatah apabila dikritik.

Budiey tertarik untuk baca ulasan dari peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang telah mengulas dengan panjang lebar, apa yang berlaku semalam.

Jom kita baca ulasan dari Azwan Hashim, wartawan dari Sitizoners.

Terbukti persembahan Dato’ Siti Nurhaliza (DCT) semalam di pentas #ABPBH30 memberi impak positif! Lagu ‘Segala Perasaan” berjaya dipromosikan dengan efektif menerusi sebuah rancangan anugerah yang pastinya mendapat rating tertinggi.

Khalayak buat pertama kalinya menonton secara langsung persembahan lagu yang dipilih sebagai single pertama album #SimetriSiti. Melalui medium promosi sebegini, kemunculan album terbaru DCT dapat diketahui dan disedari lebih ramai orang.

Keputusan DCT bersama pihak pengurusannya SNP untuk terlibat sama dalam menjayakan persembahan di ABPBH30 semalam merupakan tindakan yang bijak. Biarpun pengumuman beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah, kemunculan DCT tetap menjadi perhatian dan tarikan utama.

Begitulah hebat dan besar pengaruhnya populariti DCT sehinggakan ada peminat dari Singapura yang sanggup membeli tiket ABPBH semata-mata untuk menonton persembahan walaupun satu lagu sahaja daripada DCT!

Kemunculan DCT dengan busana bewarna biru rekaan Qudyn Aziz dan disolek cantik oleh Nurul Shukor menyerlahkan lagi penampilan DCT. Bersesuaian dengan tema ABPBH30, Qudyn tampil memberi kelainan dengan kreativitinya tersendiri. Paling menarik, lampu-lampu menghiasi busana biru itu kelihatan bercahaya ketika waktu gelap.

Seperti biasa, DCT sentiasa tampil memberi persembahan terbaik dan memukau para penonton yang berada di dalam PICC dan mereka yang menonton di televisyen atau pun secara online. Munculnya DCT di atas pentas, terdengarlah sorakan peminat menyebut namanya. Paling bersemangat tentulah Sitizoners kan!

Saya sendiri yang berada di dalam dewan PICC berasa teruja untuk merakamkan persembahan DCT. Nasiblah sempat merakam hampir ke hujung lagu menerusi telefon bimbit sebelum memori penuh! Hahaha..

Bercerita tentang persembahan DCT, impaknya saya kira luar biasa! Kerana apa? Kerana persembahan ‘Segala Perasaan’ DCT menjadi bualan hangat terutama di laman-laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kelainan cara penyampaian dan nyanyian DCT telah menjadi satu topik perbincangan dan perdebatan di kalangan netizen! Dasyat sungguh kan?

Macam-macam komen yang boleh dibaca. Ada komen positif, ada juga komen negatif. Biasalah, nitizen kan suka menjadi ‘hakim’ dan pengkritik tak bergaji di laman sosial. Masing-masing mahu mengkritik sedangkan kritikan yang ditulis tidak berasas.

DCT menerusi laman instagramnya hari ini mengatakan bahawa beliau tersilap sikit teran semasa menyanyikan lagu Segala Perasaan semalam. Atas sebab itulah nyanyiannya kelihatan berbeza dan tidak serupa seperti lagu di dalam album.

Dengan pengalaman lebih 21 tahun di arena seni, DCT tidak mudah melatah dengan segala kritikan negatif, sebaliknya beliau masih merendah diri dan menerima kritikan secara tenang dan terbuka. Buktinya komen DCT yang dicoretkan bersama SitiZoners berhubung isu ini :

“Kakiti ok je terima komen. ..selalu nyanyi perfect, sekali sekala ada ketika juga kita tak perfect…apa pun happy dapat perform lagu baru lagi.. bukan senang tau! Selalu orang dah biasa lagu yang dah popular…Doakan lagu-lagu dari album SimetriSiti akan hits agar peminat & penonton boleh nyanyi bersama dalam show seterusnya… “

Kalian nilaikan coretan tersebut. Itulah kata-kata penyanyi nombor satu Malaysia yang telah berjaya memenangi beratus-ratus anugerah dan kejayaan sehingga di peringkat luar negara.

Semoga album SimetriSiti akan terus laris di pasaran setelah promosi yang hebat semalam di ABPBH. Kami SitiZoners juga mendoakan album terbaru ini akan berjaya di AIM dan pelbagai anugerah lain. Aamiin.

Tahniah Kekandaku tersayang! Kakiti tetap yang terbaik!
Azwan Hashim,
Peminat setia Kekanda
#SitiZoners

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Exist Didenda RM1,000 Memasukkan Methamphetamine Dalam Badan

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – DIARY OF A WIMPY KID: THE LONG HAUL