Sebuah video yang memperlihatkan Agnez Mo atau nama lama beliau sebelum ini Agnes Monica menyanyikan lagu Teruskanlah dan Matahariku di dalam sebuah rancangan TV kembali tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat nyanyian beliau yang cukup luar biasa walaupun jarak antara microphone dan bibirnya yang agak jauh.
Tidak perlahan tetapi masih jelas membuatkan ramai orang terkesima melihat teknik nyanyian Agnez Mo. Rata-rata netizen cukup kagum dengan nyanyian merdu Agnez Mo itu.
Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan teknik nyanyian Agnez Mo seperti mengikuti kepatuhan SOP dengan jarak 1 meter antara microphone dan bibir.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengaitkan teknik nyanyian Agnez Mo hampir sama dengan penyanyi Malaysia iaitu Jaclyn Victor. Apa pun, memang persembahan Agnez Mo ini cukup memukau.