Hard Rock Cafe Melaka dengan bangganya mempersembahkan Bumiputra Rockers (BPR) mengadakan persembahan mereka secara langsung di pentas Hard Rock Café Melaka pada 28 Oktober 2017, Sabtu bermula pada pukul 4.00 petang.
BPR ditubuhkan pada tahun 1985 dan diilhamkan oleh Papa Rock Ramli Sarip dan diuruskan oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity. Dianggotai oleh lima orang ahli yang merupakan pecahan dari kumpulan seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times.
Jika bercerita mengenai kumpulan rock di Malaysia pada tahun 80an sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan , kumpulan yang berjaya mengganas mahupun yang terkandas di tengah jalan . Selain kumpulan ikonik yang sentiasa disebut-sebut dan yang biasa kita dengar , tapi akan ada sentiasa kumpulan yang kita terlepas pandang , namun lagu-lagu mereka sentiasa menjadi siulan dan dimainkan diradio sehingga ke hari ini .
Antaranya adalah kumpulan Bumiputra Rockers atau BPRÂ , kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1985 ini sebenarnya muncul dengan pelbagai nama , mereka ini semua adalah rakan-rakan di kampong yang telah mengembara hingga ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis rock . Perjalanan mereka sebenarnya panjang , daripada main di funfair hinggalah pada suatu ketika mereka pernah menjadi kumpulan pembuka untuk Sweet Charity di sebuah funfair dan pada itulah Ramli Sarip nampak betapa serius dan berbakatnya mereka . Semenjak itu mereka menjadi kumpulan pembuka untuk Sweet Charity dimana-mana sahaja persembahan.
Pada waktu itu mereka masih lagi menggunakan pelbagai nama dan sehinggalah pada suatu konsert di Perak , Ramli Sarip telah memperkenalkan mereka sebagai Bumiputra Rockers, semenjak itu ia terus melekat dan menjadi nama rasmi .
Itulah serba sedikit mengenai kumpulan rock Bumiputra Rockers yang telah mempunyai 6 buah album , walaupun kemunculan mereka telenggam timbul pada zaman millennium 2000 hingga sekarang tapi Bumiputra Rockerssebagai kumpulan rock yang seharusnya diingati  , kerana mereka adalah kumpulan yang mempunyai deretan lagu-lagu popular yang amat diminati oleh peminat-peminat rock ataupun tidak sehingga ke hari ini .
Album mereka yang pertama iaitu “Selamat Pagi Malaysia†tidak berjaya kerana syarikat rakaman mereka pada waktu itu yang di miliki oleh Ito Blues Gang iaitu Ito Production terpaksa ditutup awal , namun album tersebut menunjukkan bakat yang cukup menyerlah oleh gitaris mereka iaitu Awang BPR dengan mainan riffing yang melodic dan kehebatan vocal Joey .
Tapi selepas itu mereka bangkit dengan album ke-2 iaitu “Bisa†, yang penuh dengan lagu-lagu popular dibawah syarikat rakaman Life Records dan Penerbit oleh M. Nasir. Ia adalah album yang cukup berjaya , dari segi susunan yang lebih komersil dan ini adalah antara album mereka yang dipenuhi oleh lagu-lagu yang akan terus digilai oleh peminat rock .
Bumiputra Rockers tak pernah berkubur sebenarnya itulah antara yang pernah dikatakan oleh Awang BPR sebelum ini . Kemunculan mereka di industri hiburan pun bagaikan tidak dirasai pada waktu ini
Dan inilah apa yang cuba dibuktikan oleh mereka apabila Bumiputra Rockersbakal membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka pada 28 Oktobernanti bermula jam 4.00 petang .
Ia adalah sempena menyambut ulangtahun mereka yang ke-30 . Dalam membuktikkan kumpulan Bumiputra Rockers akan terus bernyawa dan mendendangkan lagu-lagu yang kini telah menjadi rock klasik.
Ahli kumpulannya terdiri daripa Joey sebagai penyanyi, Awang (pemain gitar) juga merupakan seorang komposer lagu dan penerbit album. Mali sebagai keyboard atau gitar II, Yem Bai sebagai bass dan Enal sebagai drummer.
BPR telah mengeluarkan beberapa album seawal tahun 1987 dengan album pertama mereka Selamat Pagi Malaysia dan diikuti dengan album Bisa pada tahun keduannya. Lagu-lagu popular BPR yang pernah dijadikan pilihan beberapa artis tempatan untuk dirakam semula, antaranya ialah Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin, dan banyak lagi. BPR Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1990 menerusi lagu Dari Sinar Mata.
Jangan lupa menyaksikan persembahan mereka pada bulan Oktober ini. Tiket RM60 untuk yang berumur 12 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah adalah percuma. Tiket ini boleh diperolehi dari Hard Rock Cafe Melaka. Segala pertanyaan, sila hubungi 06-292 5188.
Hard Rock International
With venues in 74 countries, including 178 cafes, 24 hotels and 10 casinos, Hard Rock International (HRI) is one of the most globally recognized companies. Beginning with an Eric Clapton guitar, Hard Rock owns the world’s greatest collection of music memorabilia, which is displayed at its locations around the globe. Hard Rock is also known for its collectible fashion and music-related merchandise, Hard Rock Live performance venues and an award-winning website. HRI owns the global trademark for all Hard Rock brands. The company owns, operates and franchises Cafes in iconic cities including London, New York, San Francisco, Sydney and Dubai. HRI also owns, licenses and/or manages hotel/casino properties worldwide. Destinations include the company’s two most successful Hotel and Casino properties in Tampa and Hollywood, Fl., both owned and operated by HRI parent company The Seminole Tribe of Florida, as well as other exciting locations including Bali, Chicago, Cancun, Ibiza, Las Vegas, and San Diego. Upcoming new Hard Rock Cafe locations include Phnom Penh, Cairo, Cape Town and Chengdu. New Hard Rock hotel, casino or hotel-casino projects include Atlanta, Atlantic City, Berlin, Budapest, London, Los Cabos, Maldives, New York City, Davos, Ottawa, Dalian and Haikou in China. For more information on Hard Rock International, visit www.hardrock.com.