in ,

Persembahan Konsert AF Megastar Bertemakan Throwback AF

Berakhirnya Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2) pada Ahad lalu menyaksikan keputusan muktamad senarai 12 bintang yang terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya bagi merebut gelaran juara unggul ‘AF Megastar’.

Keputusan yang menyerahkan kuasa mutlak penjurian 100% kepada barisan juri profesional yang terdiri daripada juri tetap, Dato’ Haji Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri undangan, Ziana Zain ini menepati ramalan awal apabila barisan bintang terpilih adalah berdasarkan kualiti vokal dan mutu persembahan yang paling menonjol di peringkat pentas homecoming.

Bintang kelahiran AF3, Idayu cemerlang dengan markah tertinggi sebanyak 92% dan diikuti dengan Bob, Marsha dan Syamel, masing-masing di kedudukan yang sama dengan 88%. Amir Jahari turut menonjol di tempat yang keempat dengan markah 82%, Indah Ruhaila (78%), Adira (74%), Shahir (72%), Sufi Rashid (64%), Amir (58%), Ewal (52%) dan Azhar (50%).

Persaingan sebenar AF Megastar bakal bermula minggu ini di konsert ketiga bertemakan ‘Throwback AF’ yang mana bintang-bintang AF Megastar diberi cabaran membawakan semula lagu-lagu hits yang pernah dipersembahkan oleh bekas alumni AF di musim-musim terdahulu.

Siaran Langsung Konsert AF Megastar (Minggu Ketiga), 17 September 2017 (Ahad) akan berlangsung di Royal Theater, Shah Alam. Siapakah yang bakal tersingkir pada minggu ini? Atau tiada mana-mana bintang akan disingkirkan? Ya, AF kan banyak kezutan. Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Noh Salleh ANGIN KENCANG Album Road Tour Bikin Gempak di Johor Bahru

Yang Menarik Tentang Drama CHE PA Lakonan Namron