NUMERA yang megah tidaklah citanya tergantung mengangkat busana bahasa Melayu secara serius dalam industri seni apa bidang dalam Malaysia khususnya, melanjutkan acara kami dengan persembahan eksklusif baca puisi yang sudah jadi nadi.
Acara acara pembacaan puisi, gurindam apalagi patah patah puitis berupa suatu yang serius diadakan NUMERA. Bahkan sudah digerakkan secara mulus bermula di UPSI dan selesai semalam [Khamis, 3 Mei 2012] di Universiti Malaya yang tersohor.
Petang genderang Selasa : 8 Mei 2012 kelmarin, dalam suasana sederhana, Persatuan Sasterawan Numera Malaysia adakan sidang akhbar khusus mewar-warkan acara persembahan eksklusif NUMERA RAI KEMALA yang tergabung sastera dan muzisi Melayu dalam negara.
Dihadiri beberapa wakil media akhbar terkenal, di Rebung, Bangsar yang menanti kedatangan kami, semua mata dipertemukan Sasterawan Negara Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah, diseri dengan biduanita Uji Rashid yang menyuntik aura glamor, Grup Lagu Puisi [GLP] dan Umar Uzair yang beringkas saja petang itu.
SN Kemala dalam pembicaraannya yang begitu serius menebar hal hal perbahasaan dalam negara, cakapnya; “80 peratus kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah sumbangan jasa penulis. Laporan yang hebat, menyuntik semangat dalam menyokong usaha pemimpin ketika membuatkan penduduk Tanah Melayu juga dunia memandang suara kita.
“Justeru kenapa tidak, nasib sasterawan ini dibela. Saya berharap hal ini diberi perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia kerana jasa golongan tidak boleh diabaikan,â€
NUMERA RAI KEMALA adalah sebuah lagi usaha berterusan dari pelbagai agensi kerajaan dan korporat dalam menghargai Sasterawan Negara ke 11 – Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah, yang kali ini diadakan pihak Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya) Malaysia sendiri.
NUMERA RAI KEMALA datang dalam bentuk pengucapan zahir dari batin yang bakal menyajikan deretan kumpulan kumpulan puisi Kemala dari pemuisi dan pendeklamasi handalan. Diperhebat dengan persembahan biduanita Uji Rashid, SN KEMALA juga bakal deklamasi puisi sepentas acara bersama penyanyi solo Umar Uzair dan kumpulan puisi Grup Lagu Puisi [GLP].
NUMERA juga mengalukan kehadiran dan sumbangan dari agensi kerajaan dan pihak karporat. Selain sedang merangka sedozen nama yang bakal diziarahi persatuan bagi menyampaikan hasrat kami yang sedang membina Yayasan Numera.
Demi mendukung usaha kesusasteraan dan lagu puisi dalam Malaysia – ayuh, temu kami! Tempat terhad sebanyak 70 ruang dipersilakan kepada semua untuk hadir menikmati himpunan persembahan hebat yang menjanjikan kenangan, sambil nikmati baris bari makan malam dari Dato’ Chef Ismail!