Lama betul Budiey tak jumpa dengan penyanyi bersuara manja, Najwa Latif. Ye lah, dia kan sibuk dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tapi sekarang Najwa atau Wawa dah bebas. Yahoooo… bolehlah kumpul duit semula buat show sana-sini. Budiey harap Najwa berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Kalau ditanya, dah tentu Najwa berdebar-debar untuk mengetahui keputusan peperiksaan SPM.
Ramai calon risau dengan Bahasa Inggeris, takut tak pass. Tapi, melihat pada persediaan, Budiey rasa Najwa dapat keputusan lulus cemerlang. Itu yang semua peminat harapkan.
[dropcap]B[/dropcap]udiey dengar, selepas SPM, penyanyi yang mendapat jolokan gadiS Youtube ini akan kembali aktif dalam dunia nyanyian. Yelah, banyak tawaran dulunya terpaksa ditolak, sekarang apa lagi, inilah masa nak kumpul duit semula.
Ini berita baik buat peminat Najwa di Singapura, khabarnya akan kan tampil beraksi di pentas dengan satu persembahan eksklusif di The Joyden Hall @ Bugis, Singapura pada 21 Disember ini. Najwa yang kini popular dengan lagu Adamu kini sedang berlatih untuk menghiburkan peminatnya di sana.
[pullquote align=”right”] Jangan lupa show Najwa di The Joyden Hall, Bugis, Singapura pada 21 Disember ini.[/pullquote]
Sebelum melanjutkan pelajaran, pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif memilih Singapura sebagai negara pertama sebagai lokasi untuknya kekal aktif dalam perjalanan karier beliau. Eloklah tu… lepas ni bolehlah melebarkan sayap ke Brunei dan Indonesia pula ya, dik?
Tiket untuk persembahan berkenaan dikatakan berharga SGD77 dan hanya terhad kepada 500 orang peminatnya sahaja.
Untuk keterangan lanjut berhubung persembahan Najwa di Singapura nanti, peminat boleh layari di http://www.apesnap.com/event/najwalatif.