in

Persembahan di GV Sering Dikritik Pedas, Noraniza Idris Ajak Michael Ang Jumpa

Noraniza Idris terkesan dengan teguran Michael Ang saban minggu

Semua perkara itu timbul apabila pengarah tersebut telah memuat naik kritikan mengenai persembahan yang telah dilakukan Noraniza Idris atau mesra disapa Kak Ani berkenaan sepanjang program berlangsung. Komen yang berbunyi sedikit pedas itu akhirnya telah mendapat perhatian penyanyi etnik kreatif berkenaan. Sebelum ini, artis wanita tersebut tidak ambil endah akan komen yang dikeluarkan namun kali ini dirinya merasa kesal dengan perbuatan berkenaan.

Komen pengarah buat emosi terganggu, beri kesan pada keluarga

Jelas Noraniza, kata-kata cemuhan yang dilemparkan oleh pengarah tersebut telah membuatkan emosinya sedikit terganggu. Menambahkan lagi kekecewaannya apabila kritikan itu memberi kesan kepada ahli keluarganya yang berada di Singapura.

Lepas Gegar Vaganza habis nak bersemuka dengan Michael Ang, tanya apa tak puas hati

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Hati Kama’ berkenaan turut meminta Michael Ang untuk bersemuka dengannya selepas sahaja rancangan realiti yang disertainya selesai. Dia juga merasa terkilan dan sama sekali tidak menyangka kata-kata pedas seperti itu boleh keluar daripada mulut seorang nama besar dalam dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Bedah Potong Usus, Wani Comel Menderita Diperdaya Usahawan Kosmetik Terkenal

“Nak Saman Saya? Kerjalah Wani, Dah Boleh Jalan, Cari La Rezeki,” – Aliff Syukri