in ,

Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert #AirAsiaMAKNA 2016

AirAsia Berhad terus memperlihatkan komitmennya dalam menyokong perjuangan memerangi penyakit kanser di Malaysia dengan penganjuran karnival dan konsert #AirAsiaMAKNA 2016 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 30 Oktober 2016 ini, di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ini merupakan salah satu platform yang akan digunakan untuk meningkatkan sokongan dan kesedaran orang ramai terhadap perjuangan menentang kanser.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan, diskusi tentang pencegahan penyakit, sesi perkongsian dari pejuang kanser serta pelbagai promosi istimewa oleh pelbagai jenama yang menyertai karnival. Terdapat juga pengagihan sampel dan penjualan makanan organik, paparan maklumat tentang kanser, penyampaian cek kepada MAKNA dan paling menarik, persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia seperti Joe Flizzow, Sona One, Kaka Azraff dan ramai lagi.

Konsert #AirAsiaMAKNA 2016

AirAsia Terus Perjuangan Memerangi Kanser Dengan #AirAsiaMAKNA

AirAsia, bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), mengalu-alukan dan menggalakkan orang ramai untuk datang dan memberi sokongan kepada acara yang bermakna ini. Kemasukan adalah percuma untuk semua.

Ketua Komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar berkata

“Kempen #AirAsiaMAKNA ini telah dimulakan pada 2015 sebagai satu tanggungjawab sosial korporat jangka panjang bersama Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Objektif utama kempen ini adalah untuk membantu MAKNA mengumpul dana untuk pesakit kanser dan mendidik rakyat Malaysia tentang risiko penyakit kanser menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut kempen ini dianjurkan.

“Istimewa di karnival ini adalah AirAsia akan member kod diskaun sebanyak 20% untuk semua penerbangan AirAsia kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut. AirAsia juga baru-baru ini telah bekerjasama dengan SimpliSiti dimana kami menjual produk-produk eklusif. Bagi projek ini, kami membawakan produk ekslusif Simplisiti yang hanya terdapat dalam penerbangan AirAsia dan para pengguna bolehlah mendapatkan produk khas ini. Lebih menggembirakan, Dato Siti Nurhaliza sendiri telah setuju untuk menghadiri majlis amal ini dan beliau dengan bermurah hati akan turut menghiburkan para tetamu yang hadir,” tambah Aziz.

Karnival dan Konsert #AirAsiaMAKNA 2016 bertujuan untuk meningkatan penyertaan umum dan kesedaran terhadap penyakit kanser

Karnival dan konsert #AirAsiaMAKNA 2016 merupakan acara kemuncak kempen #AirAsiaMAKNA tahun ini, menyusuli kejayaan usaha mengumpul dana selama sebulan di mana AirAsia memberi sumbangan 10 sen dari setiap tempahan penerbangan yang dibuat melalui www.airasia.com dari 15 Ogos hingga 16 September 2016 sebagai derma kepada MAKNA.

Kempen #AirAsiaMAKNA tahun lepas telah mengumpul dana sebanyak RM200,000 untuk sumbangan kepada MAKNA dan hasil kutipan dan sumbangan bagi tahun ini akan diumumkan semasa karnival.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui cara untuk membantu usaha MAKNA, sila kunjungi laman web www.makna.org.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Siri Jelajah Anugerah Industri Muzik ke-22

Celcom Lancar Pelan Data Terbaru 20GB Hanya RM80