Sebanyak 10 buah lagu yang dipertandingkan pada malam ini antaranya, Floor 88 (Hutang), Amir Masdi (Kau Sakiti), Hafiz Suip & Adira Suhaimi (Takdir Tercipta), Aishah (Aku Bidadari Syurgamu), Apex Tajuddin (Panggung), Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sicta (7 Nasihat), Arif Bahrain, Sarah Suhairi (Bicara Rasa), Zynakal, Yonniboi (Sakit), Naim Daniel (Sembah) dan Shila Amzah bersama Afif Tirmizie (Tentang Rasa).
Tahniah buat semua persembahan yang semuanya boleh dikira mantap belaka. Persaingan dilihat semakin sengit nampaknya pada malam kedua di mana-mana rata rata lagu adalah merupakan lagu hits untuk tahun ini.
Semestinya persoalan siapakah yang menggantikan Tokti dinantikan oleh peminat dan tidak disangkal lagi rating untuk malam kedua menggamit ramai penonton.
Persembahan Aishah menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu sekaligus menjawab persoalan mengenai siapakah penyanyi yang bakal membawakan lagu penyanyi nombor satu negara itu.
Dan seperti biasa, Lagu Terbaik pada malam kedua SFMM35 ini dimenangi oleh Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu 7 Nasihat nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza.
Barisan juri di SFMM35 ialah Ajai, Edry Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer selaku ketua juri.
Jadi, jangan lupa saksikan episod ketiga SFMM35 esok untuk mengetahui lagu manakah yang layak untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 nanti!