in , ,

Pernah Jadi Syarikat Rakaman Gergasi, EMI Music Malaysia Beroperasi Semula

Emi Music Malaysia pernah dinaungi Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad, Noor Kumalasari, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Too Phat, KRU, OAG dan Innuendo.

Pernah menjadi sebuah syarikat rakaman gergasi yang banyak sekali dinaungi seniman dan seniwati legenda serta artis-artis hebat terkenal, penutupan EMI Music Malaysia pada 2014 sememangnya cukup mengejutkan. 

Lebih-lebih lagi pada saat hip hop dan indie muzik sedang berkembang dan mula menguasai industri dengan karya dan persembahan lagu yang cukup berkualiti dan kreatif. 

Pernah Jadi Syarikat Rakaman Gergasi, EMI Music Malaysia Beroperasi Semula

Namun, krisis kewangan yang dihadapi syarikat induk EMI Music di London menyebabkan ia terpaksa menghentikan operasinya termasuk rangkaian pejabatnya yang dibuka di negara-negara lain. 

Selepas 18 tahun, syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 sedang melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.

Majlis pelancaran semula EMI Music Malaysia yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur telah dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara, Calvin Wong dan disaksikan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim dan Ketua EMI Music Malaysia, Adib Hamdi.

Pernah Jadi Syarikat Rakaman Gergasi, EMI Music Malaysia Beroperasi Semula

Menerusi syarikat Universal Music Malaysia yang mengambil alih label EMI Music pada 2013, Calving Wong berkata, mereka mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia.

Emi Music Malaysia pernah dinaungi Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad, Noor Kumalasari, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Too Phat, KRU, OAG dan Innuendo.

Pernah Jadi Syarikat Rakaman Gergasi, EMI Music Malaysia Beroperasi Semula

Melalui operasi penjenamaan semula Emi Music Malaysia, artis- artis naungannya adalah Irfan Haris, 22, dan Ezra Kairo, 23. 

Irfan berkata, dia berasa sangat berbesar hati menjadi sebahagian EMI Music Malaysia kerana dia juga membesar dengan lagu-lagu Datuk Sudirman, Tan Sri P.Ramlee, Carefree, KRU dan ramai lagi. 

Irfan yang mempunyai pengikut seramai 512,000 di aplikasi Instagram serta 324,000 pengikut di aplikasi TikTok memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil dan juga Ceria Popstar.

Pernah Jadi Syarikat Rakaman Gergasi, EMI Music Malaysia Beroperasi Semula

Setelah mengeluarkan beberapa single popular bergenre balada seperti ‘Redha (2016)’ dan ‘Pesan (2019)’ yang telah meraih sebanyak 14 juta penonton di aplikasi YouTube, Irfan turut menyertai rancangan realiti Big Stage 2 pada tahun 2019 dan berjaya ke peringkat akhir serta memenangi tempat ke- 4. 

Terkini Irfan telah mengeluarkan single duet ‘Bukan Dengan Kita’ bersama dengan Dalia Farhana dan telah meraih sebanyak 215 ribu penonton di aplikasi YouTube serta sebanyak 310 ribu pendengar di aplikasi Spotify.

Ezra Kairo, pula berkata, dia mengambil peluang ini  tonjolkan diri serta untuk mengasah lagi bakat nyanyian saya agar dapat menjadi setanding artis-artis yang pernah berada di bawah EMI Music Malaysia.

Pernah Jadi Syarikat Rakaman Gergasi, EMI Music Malaysia Beroperasi Semula

Ezra mula terkenal di aplikasi TikTok dengan 181,000 pengikut, beliau yang cenderung dalam musik Pop dan R&B juga telah mengeluarkan beberapa single seperti ‘Hold me’, ‘Kau Tiada’ dan ‘Hanya Kamu’.

Terkini beliau telah mengeluarkan single ‘Benar (2023)’ yang juga merupakan single pertama keluaran EMI Music Malaysia, di mana muzik videonya telah meraih sebanyak 240,000 penonton di YouTube dalam masa sebulan dan sebanyak 120,000 pendengar. 

Sementara itu, Adib Hamdi selaku Ketua EMI Music Malaysia berkata, pemilihan penyanyi baru, muda dan segar seperti Irfan dan Ezra ini diharap dapat menjadi pelapis dan generasi baru yang boleh menaikkan semula nama EMI Music Malaysia dengan lagu – lagu yang popular mengikut cita rasa dunia muzik terkini.-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZAMAERA TRENDING

Tampil Dengan Single DULU, Himpun Inspirasi & Momen Hidup Zamaera

ASTRO

Astro Membawa WeTV di Ultra Box Langganan Hanya RM10.50 Sebulan