Shahrol Shiro dalam satu kenyataan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan saman ke atas artis dan produksi program bual bicara Rumah No 107.
Saman ini dilihat sangat tepat kerana ada penggunaan perkataan ‘rogol’ dalam program TV. Untuk pengetahuan, Shahrol sebelum ini turut pernah disaman ketika program Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menyebut perkataan ‘rogol’.
Kesalahan tidak sensitiviti terletak pada individu yang melafazkan dan mengupas isu itu dengan lebih mendalam sehingga membuatkan orang tersinggung.
Kesalahan produksi pada sensitiviti isu dan teknikal yang dilakukan sehingga terkeluar dan dipertontonkan kepada umum hingga menjadi isu. Oleh kerana kumpulan saya pernah disaman SKMM kerana cuma menyebut perkataan ‘rogol’ pada MLM2012, makanya SKMM juga perlu mengambil tindakan pada artis atau produksi berkenaan. Saya tidak menyebelahi pihak yang melakukan kesalahan.
Shahrol dalam pada itu turut mengecam tindakan pelakon yang melakukan tugas mereka sambil melayan nafsu. Dia berpendapat tugas sebagai seorang pelakon adalah untuk menjayakan babak itu dengan selamat, efektif dan beretika.
Semoga apa yang belaku ini menjadi pengajaran kepada semua.