in ,

Permohonan Dalam Talian i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 21 Disember 2020

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mengumumkan permohonan dalam talian i-Sinar boleh dibuat mulai 21 Disember 2020.

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan i Sinar secara dalam talian bermula 21 Disember 2020 ini.

Menurut KWSP, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig,  sudah lama tidak mencarum,  hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis tanpa gaji.

Bagi kriteria kelayakan, ianya terbahagi kepada dua kategori. Antaranya adalah seperti berikut:

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Permohonan Dalam Talian i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 21 Disember 2020

Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan yang diperlukan. Kelulusan juga adalah secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Namun, ahli perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Sementara itu, pembayaran untuk ahli yang layak bagi kategori ini akan bermula pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan serta notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan juga akan diberi pertimbangan.

Permohonan Dalam Talian i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 21 Disember 2020

Melalui kategori ini, permohonan secara dalam talian boleh dilakukan mulai 11 Januari melalui isinar.kwsp.gov.my. Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan. Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Jumlah ini bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar, layari pautan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19 Berpanjangan, Uyaina Arshad Terkilan Terlepas Banyak Tawaran

OnePlus Buds Z Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan Dengan Harga RM229