in

Permata Kemewahan & Keriangan di The Atlantis The Palm Dubai

Emiriah Arab Bersatu sering juga menjadi sebutan di kalangan para pengembara yang suka bercuti di sekitar Timur Tengah. Negara padang pasir ini kaya dengan tarikannya yang tersendiri. Biarpun negaranya kecil dan jumlah penduduk asalnya tidak ramai, ia merupakan salah satu negara terkaya di dunia berkat rezeki minyak petrol dan gas yang ada.

Selaras dengan sumber pendapatan tersebut, ramai warga asing yang pergi ke sana untuk bekerja dengan syarikat-syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang tersebut. Malah majoriti penduduk di sana merupakan warga negara asing.

Salah satu Emiriahnya yang paling popular adalah Dubai. Sekiranya anda termasuk di kalangan mereka yang tidak pernah ke sana dan ingin tahu apa yang ada di Dubai pastikan anda memilih salah satu tempat penginapan terbaik di sana iaitu The Atlantis at The Palm Dubai.

Gah seperti namanya, ia merupakan hotel mewah yang sangat popular di Dubai. Ia merupakan hotel mewah bertaraf lima bintang terawal yang dibina di atas pulau buatan The Palm yang tersohor di Dubai. Malah ada beberapa laman sesawang serta penerbitan yang memberikannya enam bintang berkat kehebatan pembinaan serta infrastrukturnya.

Ambassador Lagoon 10

[dropcap]T[/dropcap]erletak di kawasan pulau buatan The Palm, ia memakan masa sekitar 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan sekitar sepuluh minit dari pusat kota Dubai.

Sesuai dengan namanya yang berada di lautan, ia dikelilingi oleh persekitaran samudera yang menakjubkan iaitu berhadapan lautan Arab. Senibinanya mirip kota legenda dan mitos Atlantis yang katanya hilang di dan tenggelam di dasar laut.

Dengan keluasan sejauh mata memandang, resort ini merupakan perhentian lengkap buat percutian, mesyuarat serta perniagaan. Ia dilengkapi dengan sebuah taman tema air yang bernama Aquaventure, sebuah taman hidupan laut yang dikenali sebagai The Ambassador Lagoon, sebuah akuarium atau dunia lautan kecil yang digelar The Lost Chambers dan juga sebuah pusat pemeliharaan serta pendidikan Lumba-lumba iaitu Dolphin Bay.

Para tamu yang menginap di The Atlantis juga boleh memasuki akuarium Lost Chambers serta taman tema Aquaventrue secara percuma berkali-kali tanpa sebarang masalah. Ini merupakan salah satu kesitemwaan serta ciri unik hotel ini.

Atlantis Aerial Brand Image

Selain itu sudah tentu hotel ini mempunyai kelengkapan lain seperti kolam renang dan juga spa utnuk kesihatan iaitu Shuiqi Spa.

Kesemua pilihan penginapan di sini sangat sesuai buat mereka yang ingin bercuti dengan keluarga, rakan-rakan ataupun berbulan madu. Dengan pelbagai jenis konsep penginapan berbeza, dari bilik, suite, pangsapuri sehinggalah suite peribadi, para pengunjung pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana semuanya berkonsep mewah. Setiap unit penginapan mempunyai kelengkapan terkini serta sambungan wi-fi secara percuma. Yang paling istimewa semestinya adalah suite ‘dasar laut’ di mana bilik tidur utama serta bilik mandi berjendelakan pemandangan Ambassador Lagoon yang diwarnai hidupan laut berenang-renang di depan mata! Bayangkan kala bangun dari tidur sambil menyaksikan dasar lautan biru dengan ajnas ikan seperti jerung, pari dan macam-macam lagi. Ia benar-benar berbeza dari hotel-hotel mewah lain yang sering dikunjungi.

Apatah lagi resort ini turut menyediakan ruang khas bagi mereka yang ingin mengadakan acara-acara besar serta mesyuarat-mesyuarat penting.

Bagi tujuan menjamu selera pula terdapat beberapa tempat makan di kawasan pusat membeli-belah The Atlantis yang bersambung dengan resort tersebut! Selain puluhan butik berjenama mewah di situ, terdapat dua restoran yang mengungguli yang lain iaitu Nobu, sebuah restoran Jepun bertaraf dunia yang dibuka oleh pelakon terkenal dari Hollywood Robert DeNiro bersama-sama dengan rakan kongsinya. Terdapat juga sebuah restoran Itali yang berbintang Michelin iaitu Ronda Locatelli yang dinaungi chef Itali paling tersohor dari London iaitu Giorgio Locatelli. Kedua-dua restoran ini memang menyajikan hidangan terbaik dan mewah buat para pelanggannya.

Selain itu tamu Atlantis juga boleh menikmati sajian di Ossiano sambil ditemani hidupan laut yang berenang-renang di jendela, kerana ia juga dibina di bawah dasar lagoon. Lebih menarik lagi, kesemua tempat makan di sini adalah disahkan halal. Ini sesuai dengan piawaian hukum syariah yang ditetapkan di negara Emiriah Arab Bersatu. Jadi para pengunjung beragama Islam tidak perlu was-was dengan sajian yang disediakan.

Ini hanya sedikit sahaja gambaran mengenai apa yang dapat dinikmati oleh para pengunjung yang meluangkan masa di The Atlantis, The Palm Dubai. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di situ.

Secara kesimpulannya The Atlantis, The Palm Dubai benar-benar persinggahan yang sesuai untuk bercuti dan berehat kerana ia bukan sekadar penginapan mewah bertaraf antarabangsa sahaja malah sebuah perhentian yang lengkap dengan pelbagai aktiviti serta tarikan bagi mereka yang ingin menghabiskan waktu bersama orang tersayang.

Dengan lokasinya yang tidak jauh dari pusat kota serta lapangan terbang, ia sangat mudah ditujui. Jadi, kalau ada waktu terluang untuk bercuti panjang di Dubai, singgahlah ke sini untuk beristirehat serta berekreasi dalam kemewahan!

Artikel ini ditulis oleh Shah Shamshiri

Ossiano - 22

Royal Pool 2

Beach Marque 1

Atlantis_CW0A1482

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mercedes-Benz Stylo Fashion Grand Prix 2015

City Seasons Suites Dubai Yang Praktikal & Menawan