PERLAWANAN ‘KICKBOXING’ ANTARABANGSA GLORY 3 ROME
AHAD, 4 NOVEMBER 2012 (3.00PG WAKTU MALAYSIA)
SECARA LANGSUNG DI www.tonton.com.my/glory
8 PERLAWANAN SARINGAN DAN PUSINGAN SUKU AKHIR
GLORY 3 ROME PADA 4 NOVEMBER
HADIAH UTAMA WANG TUNAI USD300,000 UNTUK JUARA PUSINGAN
ROME, Itali. Perlawanan hebat sukan ‘kickboxing’ GLORY 3 Rome ‘8 Pusingan Akhir’ kini diteruskan dengan aksi dan ulasan lebih dramatik oleh 3 komentator berpengalaman secara langsung dari arena bersejarah PalaLottomatica di Rome, Itali pada Ahad 4 November, menerusi www.tonton.com.my.
Ramon Dekkers menjadi peserta Eropah unggul menyertai acara Muay Thai yang didominasi oleh bangsa Thai, kini menempatkan dirinya setanding dengan peninju handalan dunia dan menerima sokongan hebat peminat tempatan. Dekkers bakal menghangatkan ulasan acara secara langsung menggunakan pengalamannya sebagai legenda dunia tinju, dengan pemenang acara kategori 70 kilogram (154 paun) bakal melangkah pulang bersama hadiah utama wang tunai USD300,000.
Dekkers akan turut dibantu oleh bekas legenda tinju MMA dan juara UFC Middleweight Frank Shamrock, yang pernah mengulas acara GLORY 2 Brussels bulan lalu bersama-sama dengan pengulas acara ‘PRIDE Fighting Championships and Showtime’, Stephen Quadros.
“Mereka ini merupakan peninju paling hebat dan terbaik dalam dunia sukan tinju,” ujar Dekkers. “ Para peninju GLORY yang bertanding dalam pelbagai kelas merupakan mereka yang terpilih antara yang terbaik dan kategori 70 kilogram adalah contoh paling elit bagi liga ini. Mereka begitu pantas dan penuh taktikal, malah kekuatan dan sifat agresif mereka akan turut diuji. Ianya pasti menjadi malam yang hebat penuh dengan aksi bertenaga dan gerak pantas untuk acara pertarungan dalam gelanggang.”
Malam penentuan ‘8 Pusingan Akhir’ menerusi perlawanan kalah-mati ini bakal menamatkan acara Grand Prix GLORY bagi kategori 70 kilogram. Lapan peninju akan berhadapan antara satu sama lain melalui undian rawak yang telah diadakan di Monte Carlo, Monaco pada 16 Oktober 2012 yang lepas.
Ranking nombor satu dunia, Giorgio “The Doctor” Petrosyan (71-1-2 (1NC), 33 KO’s) dari Itali akan bertembung dengan peninju dinamik, Ky Hollenbeck (34-7, 21 KO’s) dari Amerika Syarikat manakala dalam braket perlawanan yang sama juga, David Kiria (18-7, 10 KO’s) yang mewakili Netherlands akan berhadapan dengan peninju Sweeden, Shemsi Beqiri (71-7, 31 KO’s).
Dalam braket perlawanan kedua, Robin van Roosmalen (35-13-3, 10 KO’s) dari Netherlands dijangka bertarung dengan bintang KO Tim Thomas (60-1-9, 35 KO’s) yang mewakili United Kingdom dan peninju kegemaran ramai, Albert “The Hurricane” Kraus (66-16-3, 39 KO’s) juga dari Netherlands bakal bertemu dengan bintang muda berumur 21 tahun yang sedang meningkat naik, Sanny Dahlbeck (24-4, 14 KO’s) dari Sweden. Juara untuk dua braket perlawanan ini akan berhadapan antara satu sama lain dalam perlawanan pusingan separuh akhir kelak.
Manakala bagi dua perlawanan simpanan awal, calon taruhan harapan Dzhabar Askerov (73-28-1, 37 KO’s) dari Russia akan bertemu-mata dengan Yoshihiro Sato (49-18, 20 KO’s) dari Jepun manakala bintang kegemaran yang juga master taktikal, Fabio Pinca (85-17-4, 32 KO’s) dari Perancis akan berhadapan peninju muda berumur 20 tahun, Alessandro Campagna (29-5, 14 KO’s) yang dilihat sebagai prospek potensi baru dalam dunia tinju.
Kedua-dua acara perlawanan simpanan ini akan diadakan sebelum 8 pusingan saringan dan suku akhir berlangsung. Sekiranya peninju tercedera dan tidak mampu meneruskan pertarungan ke pusingan seterusnya, tempat mereka akan digantikan dengan peninju yang kalah dalam pusingan perlawanan sebelumnya. Namun jika peninju tersebut juga tidak dapat meneruskan acara perlawanan, pemenang daripada acara perlawanan simpanan akan dipilih menggantikan tempat peninju yang tercedera.
Untuk aksi ‘Superfight’, Mustapha Haida (18-1) dari Itali bakal berhadapan dengan juara bertahan Muay Thai Jordan Watson (29-5-1, 14 KO’s) dari England untuk kategori 70 kilogram dan Marco Re (20-3, 13 KO’s) dari Itali pula akan bertarung dengan peninju versatil Alka Matewa (43-6-1, 23 KO’s) dari Belgium bagi tahap 72.5 kilogram (160 paun).
“Ini adalah kali kedua Tonton menawarkan siaran langsung ‘streaming’ untuk acara ‘kickboxing’ Siri Dunia Glory. Kami berharap peminat acara ‘kickboxing’ dan GLORY bakal terhibur dengan acara hujung minggu ini dan kami juga turut menjangkakan siaran ‘streaming’ bagi acara Glory 4 Tokyo pada awal Disember nanti”, menurut Ms. Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Berhad.
Acara siaran langsung ‘streaming’ GLORY 3 Rome ‘8 Pusingan Akhir’ akan diadakan pada Ahad, 4 November 2012, bermula 3.00 pagi secara eksklusif di www.tonton.com.my/glory. Siaran langsung ini boleh ditonton menerusi komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3 dan ke atas / iOS 5 dan ke atas) untuk penonton di Malaysia sahaja.
Disember tahun ini juga, Tonton bakal menawarkan program eksklusif antaranya ‘The Challenger Muay Thai’ dan ‘ONE Fighting Championship’. Peminat sukan kini boleh menonton saluran ‘Tonton Sports’ untuk pelbagai rancangan sukan kegemaran seperti ‘Footballers’ Lives’, ‘Up Close’, ‘Legends’, ‘My Style’ dan banyak lagi.
Untuk mendaftar dan melayari Tonton – Portal Video No.1 di Malaysia, layari www.tonton.com.my! Pendaftaran adalah percuma.