in ,

Perkongsian Uniknya Lenggong dalam Program PANORAMA Tarik Lebih Ramai Pengunjung

Taman Negara Mulu di Sarawak, Taman Negara Kinabalu di Sabah, George Town di Pulau Pinang, dan Bandaraya Melaka diangkat sebagai destinasi Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Seterusnya, Tapak Warisan Arkeologi Lenggong yang terletak di hulu Perak yang lokasinya berada di lembah lenggong yang disalir oleh Sungai Lenggong. Lembah ini menjadi sangat penting kerana pelbagai artifak sejarah purba ditemui di sini seperti ‘Perak Man’, yang merupakan kawasan tempat tinggal manusia terawal yang diketahui di Semenanjung Malaysia.

Dengan keunikan warisan yang dimiliki, negeri Perak dan Malaysia umumnya mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negara ini.

POSTER PANORAMA

Perkongsian menarik ini dibawakan dalam program “Panorama” terbitan unit Dokumentari dan Majalah RTM menerusi tajuk “Uniknya Lenggong” pada 2 November ini, pukul 10.00 malam di TV1.

Lenggong sememangnya kaya dengan aktiviti penternakan dan mempunyai keindahan semulajadi yang tersendiri. Terdapat banyak tempat menarik di Lenggong yang menjadi pilihan ramai sepanjang tahun. Pasti anda tertanya-tanya apakah tempat menarik yang menjadi pilihan ramai pengunjung di Lenggong yang terletak berhampiran dengan Kota Tampan dan Gerik ini.

Sekadar menyebut beberapa lokasi menarik antaranya Galeri Arkeologi Lenggong, Laman Budaya Lenggong, Nur Lembah Lenggong merupakan sebuah kawasan kem yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung, dan Hutan Lipur Lata Kekabu. Namun lokasi manakah yang menjadi pilihan program ini untuk dikunjungi? 

Bersama-sama hos Wan Aliazar, penonton dibawa menerokai keindahan dan keunikan Lenggong yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini dan istimewanya turut dikongsikan kepelbagaian aktiviti seharian penduduk di sini.  

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

19 Tahun Berlalu, Baru Tahu Gerai Senario Sebenarnya Terletak di Sini

Tawaran Go Shop Sungguh Berbaloi untuk Pelanggan Sempena Ulang Tahun Ke-6