Topik: Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi?
Platform: Nurflix Live Media Sosial (Facebook dan Instagram)
Panel: Ustaz Gunawan, Farihin Abdul Fatah dan Alif Aziz
Moderator: Anas Tahir
Objektif aktiviti LIVE Nurflix:
AKTIVITI FB dan IG LIVE di Nurlfix pada setiap bulan diadakan bagi memperkenalkan Nurflix secara menyeluruh kepada umum disamping mengangkat perbincangan yang membina. Nurflix yang merupakan platform penstriman video dengan kandungan Islamik menampilkan wakil NURFLIX pada setiap sesi FB Live dan membawa topik yang sedang hangat berlaku dan dibincangkan oleh netizen. Platofrm patuh Syariah ini juga membawakan konsep perbincangan dakwah santai, sesi LIVE ini membawakan gabungan moderator dan ahli panel yg berteraskan kandungan patuh syariah yang relaks tetapi penuh pengisian
Soalan: Bagaimana boleh melalui cabaran dan pendapat tentang sosial media?
Jawapan: Pada awalnya, rasa agak teruk kerana ia melibatkan keluarga. Bagi Alif, ini merupakan langkah-langkah pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang dipantau netizen dan bukan semua netizen begitu. Dulu Alif pun rasa apabila masuk alam maya, rasa ‘protected’ dan berhijab. Itu berbalik pada Alif balik. Dan saya rasa paling teruk apabila keluarga teruk dikecam.
Perlahan-lahan dengan masa yang bergerak, bagaimana saya ‘cope’, saya fikir walau macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong. Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa kita di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil.
Saya cari hikmah, pasti ada orang yang doa untuk Alif. Saya ‘divert’ kepada yang itu. Kerana macam mana jahat pun bila kita belajar jadi baik, pasti ada orang yang akan kata (kita) juga. Yang penting Allah tahu siapa kita.
Sebenarnya saya juga tidak boleh kawal juga awal-awal (dikecam) tetapi selepas beberapa waktu, saya fikir kenapa nak seksa diri saya dengan nak ‘please’kan semua orang. Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita.
Tentang ‘posting yang boleh menimbulkan fitnah dan mengelak fitnah berulang. Serta tentang penyakit ain dan berlebihan di laman sosial
Alif: Kadang kala kita sendiri yang berlebihan dalam mempamerkan kehidupan kita. Contohnya kita rasa kita bersyukur dan niat mahu berkongsi. Ada di kalangan peminat, ada mata-mata yang tengok dengan hasad dan kita berlebihan. Bila saya dengar tentang penyakit ain, sebelum ini saya tidak tahu. Ia sebuah perkara yang benar (real). Sudah jadi normaliti di mana sosial media jadi benchmark dan ukuran untuk tengok kehidupan masing-masing. Saya jadi rasa bersalah dengan perkara itu juga. Sebenarnya saya yakin apa yang dipamerkan di sosial media adalah perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Di sebaliknya kita tidak tahu. Jadi lebih baik kita berpada-pada. Alif rasa cara yang paling selamat adalah dengan berada-pada apabila kita berkongsi supaya tidak timbul fitnah dan pernyakit a’in.
Bagaimana boleh terbuka hati untuk bersama Jemaah?
Alif: Sebenarnya Alif yakin bahawasanya semua perkara hanya dengan kehendak Allah. Saya tiada kelebihan , saya hanya hamba yang lemah nak guna kehidupan yang Allah bagi untuk ikut yang Alif nak. Selama 30 tahun hidup, macam macam yang kita buat. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat dan Allah bagi jalan. Alif yakin semuanya dalam pengetahuan Allah.
Saya tengok video laporan dari abang Faizal Ismail dan saya rasa mahu kenal Jemaah tabligh. Ada Jemaah yang hubungi saya dan terangkan pada saya dan bawa keluar untuk tiga hari dan saya dapat rasa pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. Suasana dan orang di sana yang tiada ‘judgement’, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat. Semua hamba Allah yang belajar untuk dekatkan diri dengan Allah. Semoga saya terus istiqomah.
Bagaimana nak tegur netizen yang biadap dan bila tulis komen, tulis yang tidak senonoh?
Alif: Untuk saya , saya balas komen dengan sebaik mungkin serta doakan mereka yang ada lebih masa utk komen. Kebanyakannya Alhamdulillah bagi komen yang ok. Dulu ya, sampai saya tutup ruangan komen sebab tidak tahan. Bila fikir balik ,apabila kita mendoakan setelah dia komen pada kita, mereka akan berhenti komen di situ.
Kata-kata akhir
Alif: Saya rasa malam sangat berharga bagi saya dan semua yang menonton LIVE di laman NUrflix malam ini sebab kita dapat dengar pencerahan dari Ustaz Gunawan dan Abang Farihin yang terperinci. Alif harap ini peringatan untuk saya dan semua yg menonton. Semoga dapat ambil manfaat. Semua dapat menuju ke arah merdeka yang sebenarnya.