in , ,

Perjuangan Martabat Sastera Dalam Panggung RTM Telemovie PUISI WAN MAINI

Seorang gadis yang berjuang memartabatkan sastera dan amat berminat menulis puisi. Beliau sering menganjurkan kelas penulisan puisi, novel dan skrip drama untuk melatih penulis muda. Namun dirinya berdepan dugaan bila karyanya diciplak dan dia mengambil keputusan berhenti menulis.

Begitu pun beliau terbuka hati untuk menulis semula setelah diberi semangat oleh seorang pemuda yang mencintainya secara diam. Pemuda tersebut telah mencipta sebuah lagu untuknya yang berjudul Wan Malini.

Menampilkan gandingan pelakon Aedy Asyraf, dan Nur Risteena, selain turut dibantu oleh Rizman Amir dan Farah Wahida, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk “Puisi Wan Malini” pada 24 Oktober ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Menerusi telemvie arahan Feroz Abdul Kader ini, kisahnya berlegar tentang watak utama, Wan Malini yang amat meminati sastera dan bidang penulisan. Mula terlibat dalam penulisan puisi sejak remaja. 

Sementara itu dalam diam Ehsan seorang budak penghantar (despatch) pemuda yang berasal dari flat PPRT ada menaruh hati pada Wan Malini tetapi tidak berani menyuarakannya kerana merasa rendah diri. 

Puisi Wan Malini

Ketika sibuk menyiapkan beberapa puisi untuk pertandingan, Wan Malini telah berkenalan dengan Kamil seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan. Untuk menawan hati Wan Malini, Kamil berpura pura meminati puisi. Kamil telah menciplak puisi karya Wan Malini serta menghantarnya untuk pertandingan dan naskah tersebut menang tempat ketiga. 

Wan Malini marah dan memohon penganjur menarik balik dan memviralkan perkara tersebut. Ramai nitizen mengecam tindakan Wan Malini sebaliknya memuji Kamil. Akibat tertekan dengan kecaman tersebut, Wan Malini mengambil keputusan berhenti menulis. 

Ketika kanak-kanak, Ehsan adalah mangsa dera. Wan Malini simpati dengan nasib yang menimpa Ehsan dan hubungan mereka menjadi rapat. Ehsan amat meminati puisi Wan Malini dan sentiasa memberi peransang untuk beliau terus berkarya. 

Wan Malini tertarik dengan lagu ciptaan Ehsan yang ditujukan khas kepadanya dan berjanji akan kembali menulis.Mampukah Wan Malini bangkit kembali untuk berkarya ketika dirinya kecewa dengan apa yang telah berlaku?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunway Lagoon Ditutup Sementara Waktu Susulan PKPB di Petaling Jaya

Lemah Bercakap Bahasa Inggeris, Zarina Anjoulie Mahu Ludah Netizen Kutuk Safawi