TERMETRAINYA PERJANJIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN – MOU ANTARA RTM DAN TAEKWONG SYSTEM, PLATFORM PENYIARAN TERBESAR KOREA PADA 19 OGOS 2008 DI ANGKASAPURI KUALA LUMPUR
Realiti mahu menyaksikan rogram-program kreatif terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal ditonton rakyat Korea Selatan dan begitu juga sebaliknya bukan hanya perancangan semata dengan termetrainya Perjanjian Memorandum Persefahaman – MoU antara RTM dan Taekwong System yang juga platform penyiaran terbesar di negara itu.
Majlis menandatangani memorandum yang berlangsung 19 0gos 2008 di Angkasapuri Kuala Lumpur itu diwakili Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Dato’ Adilah Shek Omar manakala Taekwong pula mewakilkan Presidennya, Her Young Ho dengan disaksikan sendiri Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Ahmad Shabery Cheek.
Pastinya Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang optimis dengan kerjasama itu berharap RTM dapat membekalkan lebih banyak program kreatif bermutu kepada Taekwong. Sekaligus diangkat sebagai platform terbaik memperkenalkan program RTM serta negara ke peringkat antarabangsa.
Manakala bagi pihak Her Young Ho, pihaknya yakin dengan pemilihan RTM berikutan kreadibiliti stesen ini serta tertarik dengan idea serta usaha Dato’ Ahmad Shabery Cheek meletakkan RTM sebagai stesen penyiaran unggul negara ini.
Kepercayaan penuh diletakkan negara kepada stesen itu kerana Sebagai platform penyiaran yang terbesar di Korea Selatan di bawah Taekwong Group, Taekwong yang terlibat dalam perkhidmatan media dan stesen TV terbesar berbayar di Korea kerana pengalaman yang dimiliki dengan 130 rangkaian yang ada.
Apatahlagi Korea sekarang bukan sahaja terkenal sebagai negara yang mengeluarkan TV tetapi juga sebagai pengeluar software kandungan kreatif terbesar di dunia dalam masa yang singkat.
Kerjasama ini dilihat oleh dua buah negara ini dapat saling belajar dan memperkenalkan kandungan kreatif berbentuk rancangan berkualiti yang kemudiannya dapat ditonton rakyat negara masing-masing.
Pastinya usahasama ini yang baharu ini menjadi titik bersejarah negara dan memadam tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat rancangan RTM hanya untuk RTM dan kemudiannya disimpan sahaja.
Ternyata kini RTM boleh berbangga kerana produk rancangan keluarannya bakal mendapat pasaran antarabangsa. Malah sekaligus memperkenalkan negara Malaysia menerusi visual mengenai Malaysia yang dipaparkan menerusi kaca TV di Korea dan begitu juga sebaliknya.
Malah sebagai permulaan, lima dokumentari dibekalkan kepada stesen televisyen berbayar di bawah syarikat itu.