in , ,

Sinopsis Drama PERGILAH AIR MATA RAMADAN, Cukup Meruntun Jiwa

Sinopsis drama Pergilah Air Mata Ramadan yang membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Dira Abu Bakar, Didie Alias, Puteri Aisyah, Fauzi Nawawi, Sharifah Aryana dan Iqram Dinzly. Jom tengok apa yang menariknya drama ni!

Dua tahun sudah pun berlalu sejak Sufiya meninggalkan Adani dan adik-adiknya dek kerana tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Oleh kerana sering didera, Adani dan adik-adiknya nekad lari daripada bapa mereka untuk bersatu semula bersama ibu tersayang mereka.

Ikutilah kisah hidup Sufiya dan anak-anaknya yang perit akibat selalu berada dalam ketakutan didera oleh ayah kandung mereka sendiri dalam telefilem Pergilah Air Mata Ramadan, pada 20 Jun 2016 (Isnin), jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.

Pergilah Air Mata Ramadan (3)

Cabaran Mengatasi Keperitan Hidup Tanpa Ibu Di Sisi

Pergilah Air Mata Ramadan terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. diarahkan oleh saudara Azmi Hatta membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Dira Abu Bakar, Didie Alias, Puteri Aisyah, Fauzi Nawawi, Sharifah Aryana dan Iqram Dinzly.

Telefilem ini mengisahkan Adani, seorang kakak yang gigih menjaga empat orang adiknya – Amir, Adam, Ahmad dan Azra. Dia juga sentiasa memastikan bahawa mereka sentiasa terlindung dari menjadi mangsa deraan bapa mereka. Pada Ramadan kali ini, Adani tekad membawa lari adik-adiknya untuk menjejaki ibu mereka, Sufiya, yang telah meninggalkan mereka.

Sufiyah telah berjanji kepada Adani untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya. Dia juga telah berjanji untuk pulang kembali ke kampung demi mendapatkan anak-anaknya semula, selepas berjaya mempunyai sebuah pekerjaan yang stabil dan tempat tinggal sendiri.

“CABARAN MENGATASI KEPERITAN HIDUP TANPA IBU DI SISI”
Saksikan “PERGILAH AIR MATA RAMADAN” 20 Jun Menerusi Skrin Di 9!

Akan tetapi, setelah tiba di ibu kota, Sufiya gagal menghubungi anak-anaknya apabila dia dihalang oleh bekas suaminya, Ghani, dan nombor telefon juga tidak dapat dihubungi lagi. Sufiya juga sudah berkahwin dengan Azman, seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang berada. Walaupun kehidupan baharu Sufiyah lebih senang berbanding dahulu, dia tetap merindui anak-anaknya.

Pergilah Air Mata Ramadan (2)

Oleh kerana perkahwinan Sufiya dengan Azman tidak menerima restu oleh Puan Sri Zainah, Sufiya telah dilarang memberitahu sesiapa yang bahawa dia merupakan seorang janda anak lima. Namun, Sufiya tetap tidak berputus asa dan sentiasa mencuba untuk dapatkan maklumat mengenai anak-anaknya tanpa pengetahuan orang lain.

Sufiya telah pun kembali ke rumahnya di desa untuk mendapatkan semula anak-anaknya. Perasaan teruja Sufiya bertukar menjadi kecewa apabila dia mengetahui bahawa Ghani sudah pun membawa anak-anaknya berpindah ke tempat lain.

Adakah Sufiya akan bertemu anak-anaknya kembali? Saksikanlah telefilem “Pergilah Air Mata Ramadan” pada 20 Jun 2016 (Isnin), pukul 8.30 malam hanya di Skrin di 9! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman social Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV9 iaitu @tv9malaysia.

Pergilah Air Mata Ramadan (1)
Pergilah Air Mata Ramadan (4)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinar FM Ajak Pendengar Sertai FREE MARKET SINAR Sabtu Ini

Telemovie Ramadan ALIM-ALIM KUCING Penuh Dengan Teladan