Dari tambang termasuk semua serendah RM39*, tetamu boleh melancong ke destinasi-destinasi seperti Phuket, Pattaya, Ho Chi Minh, Manila, Macau, Changsha, Singapura, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu dan lain-lain lagi.
Tetamu yang ingin mendapatkan lebih banyak nilai bagi wang mereka juga boleh menerokai Auckland, Perth, Mauritius, New Delhi, Tokyo, Sapporo, Seoul, Busan dan Taipei dari hanya RM199.*
Pergi Lebih Jauh Ke Asia Dan Seterusnya Dengan Promosi Tambang Rendah Airasia
Di samping itu, tetamu yang inginkan pengalaman premium boleh menempah Premium Flatbed AirAsia X ke destinasi terpilih dari hanya RM759.*
Tambang promosi ini boleh ditempah dari 12 September 2016 (0000, GMT + 8) hingga 25 September 2016 (2400, GMT + 8) untuk perjalanan antara 13 September 2016 dan 5 Februari 2017.
Ianya digunapakai bagi penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2) dan AirAsia India (I5) serta Malaysia AirAsia X (D7) dan Thai AirAsia X (XJ).
Ketua Komersil Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “AirAsia telah membina reputasi yang kukuh untuk memberikan pengalaman penerbangan yang bertaraf dunia pada tambang yang rendah di Asia, dan kita mahu terus melakukan perkara itu dengan promosi terkini kami.
[pullquote align=”right”]AirAsia hari ini mengumumkan promosi tambang rendah ke serata Asia dan banyak lagi.[/pullquote]
“Tetapi kami juga lebih daripada itu. Rangkaian kami terbentang ke Australia, Timur Tengah dan Afrika dan kami mahu tetamu kami menikmati destinasi-destinasi yang melangkau Asia pada tambang yang hanya AirAsia X boleh tawarkan.”
AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang rendah pertama di dunia memperkenalkan kerusi katil rata, dengan standard spesifikasi kelas bisnes 20†lebar, 60†memanjang dan boleh terus dipanjangkan ke 77†pada posisi penuh berbaring.
AirAsia X Premium Flatbed mempunyai ciri-ciri soket kuasa universal, penyandar kepala boleh laras dan utiliti terbina seperti dulang, pemegang minuman, cahaya untuk membaca dan skrin privasi.
Tetamu yang menempah tempat duduk Premium Flatbed juga boleh menikmati produk premium percuma dan perkhidmatan termasuk Daftar Masuk Prioriti, keutamaan menaiki pesawat, peruntukan bagasi 40kg, makanan percuma serta bantal dan selimut.
AirAsia dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk lapan tahun berturut-turut dan AirAsia X memenanagi Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk 4 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2016 di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax di Farnborough, UK.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan fi. Tertakluk kepada terma dan syarat.